Friday, August 20, 2010

20 Ogos 2010

Keknye MANA?
taken from the WWW at http://www.pointimaging.com/blog/?p=174

Assalamualaikum wrbt.
Syukur Ya Rahman, Syukur Ya Rahiim.

Kepada keluarga tercinta,
sahabat-sahabat tersayang, 
rakan-rakan seperjuangan, 
dan yang teristimewa lagi terbaek 
ex-ex girlfriend sekalian 
(eeee... poyonyeeeee...!!!)


Oleh kerana sudi mengucapkan 
"Selamat Hari Lahir"

TERIMA KASIH
aku ucapkan

Peluk dan ciumku ke atas yang muhrim (yang tidak haram jika diperlakukan sebegitu),
kenyet-kenyet mata kananku pada yang bukan muhrim.

----------------------------------------------------------
AKU DAN KAMU

'Aku' sehingga hari ini 
adalah cantuman cebisan-cebisan pertemuan aku dan kamu
dan kamu, dan kamu, dan kamu
(bunyi macam dalam gua..)
walau tak lama bertemu
walau bertahun yang lalu

'Aku' pada hari ini 
adalah rangkuman kisah pertemuan dan perpisahan 
antara aku dan kamu;
manusia-manusia hebat sekeliling aku

'Aku' pada hari ini
adalah ingatan-ingatan 
antara aku dan kamu
antara kamu dan aku

'Aku' pada hari ini
adalah gelak ketawa 
adalah tangis 
adalah sayang
dan marah
antara aku dan kamu
antara kamu dan aku

'Aku' pada hari ini
tidak lain adalah kamu

Lucunya aku kerana lucunya kamu, Baiknya aku kerana baiknya kamu
Bijaknya aku kerana bijaknya kamu, Bertuahnya aku kerana bertuahnya kamu
Comelnya aku kerana aku memang comel
Begininya aku, kerana beginilah kamu

kerana menghasilkan aku yang 'aku' ini
TERIMA KASIH
aku ucapkan

----------------------------------------------------------
Sekian, salam alaykum

p\s: doaku agar hubungan aku dan kalian akan kekal, agar di ulangtahun hari lahir yang lain-lain, aku tidak akan sendiri, agar kalian juga tidak sendiri-sendiri. Amin.
(^.^)


5 comments:

kak zai cml said...

huhuh...terharunye...pe pun akak pun cml gek...hahah

::SunnySunshine:: said...

ceh.. hehe.. yela akak zai yang comel lagi berkilau bak majnun.. akak lah yang paling comellll! hahaha..

Anonymous said...

opss lupa nk wish happy old day mlm tu..hehhe..

mimiesarry said...

ex-ex girlfriend sekalian
(eeee... poyonyeeeee...!!!)

poyo kan..nmpk benor rmi nya.

::SunnySunshine:: said...

=p