Monday, August 30, 2010

Sekali Lagi Merdeka : sebuah sajak kemerdekaan

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
(inilah muka pemilik blog yang sebenar.. hehee..)

Sekali Lagi Merdeka

Mewangi dan mekar,
Harum wangian raya,
Kau aku banggakan,
Kaulah satu bagiku, 
engkaulah Malaysia.



Ada jalur mengerti,
sedang ramai tak peduli,
ada riak bertanya,
sedang ramai diam.

segar Kuala Lumpur dengan asap motokar
riuh bandar dengan enjin kuasa kuda
jauh ditinggal bau rumput pagi
jauh menghilang, suara kokok, ayam kampung

Ada jalur mengerti,
sedang ramai tak peduli,
ada riak bertanya,
sedang ramai diam.

Diragut, dipijak, hampir hitam warna semangat waja
Disentap, dibakar, rentung warna budi pekerti
Maruah anak budiman dicerca peminta budi
Diberi lagi, dan lagi, dan lagi,
sampai tinggal pasir sampai tinggal angin,
sampai titis merah pun disamun parang runcing.

Ada jalur mengerti,
sedang ramai tak peduli,
ada riak bertanya,
sedang ramai diam.

Nun dari belakang bukit, gunung diktator dan suap haram,
Datang dari celah laut, terapung meminta nyawa,
Dulu kau bimbang tanah dan angin kau diperah,
Sekarang kau bimbang tamadun kau diserah.
Mengapa kau datang meminta sedekah?
Ambil tempurung syak itu, pusing dan berenanglah pulang.
Datang kembali dengan pedang, parang panjang.

Ada jalur mengerti,
sedang ramai tak peduli,
ada riak bertanya,
sedang ramai diam.

Jangan berani ganjang,
Jangan bersuara lantang,
Anak Melaya tak gentar,
Anak Melaya lagi garang.

Ada jalur mengerti,
sedang ramai tak peduli,
ada riak bertanya,
sedang ramai diam.

Tiada nyawa kami serah,
Tiada merah pun tumpah
Pasti engkau yang parah.

Ada jalur mengerti,
sedang ramai tak peduli,
ada riak bertanya,
sedang ramai diam. 

Mekar kau wahai rayaku,
harum kau disinar mentari,
Bumi pasti milik kita,
Merdeka, sekali lagi.

-mSk-


*SAYA UCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA KE-53 KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA KHUSUSNYA KEPADA PEMBACA BLOG INI*



4 comments:

Ai3n Ameen said...

hebat !~

p.s : gmbr ko tuh mcm ko xde gigi . haha

Anonymous said...

gigi disembunyikan pada siang hari sempena bulan Ramadhan (*.*)

Anonymous said...

woit.. ape bogel2 ne hah?

Anonymous said...

eh.. mane bogel? mane? mane?