Tuesday, March 9, 2010

Rukun Agama dan Rukun Negara

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Malaysia oh tanah airku
Tanah tempat tumpah darahku
Negeri elok amat kucinta
Yang kupuja sepanjang masa

Sawahmu terbentang meluas
Tumbuh-tumbuhan hijau merendang
Bukitmu lurusnya terbentang
Tak jemu mataku memandang

Sungguh indah di Malaysia
Negeri yang kaya raya
Tempat pusat berniaga
Terkenal di seluruh dunia

Malaysia negeriku Malaysia
Pusaka tinggalan moyangku
Tetap sentosa hidup merdeka
Malaysia tanah airku

1. hah haaa... betapa semangat kepatriotikan aku hari selasa ni.. aku bukan ape.. baru balik dari kursus BTN.. penat woo.. tapi berbaloi la ngn ilmu aku dapat kat sane..

2. alamak.. da pkol 10 pagi.. aku takleh tangguh.. aku kne g sarapan jap.. nanti balik aku sambung.. aku kne tepati masa skang.. azam bulan march aku..

3. hah haaa.. aku sudah kembali.. aku bukan nk berpolitik.. tapi aku nk share ngn korang satu ilmu ni.. pasal negara tercinta kita la.. sejarah Malaysia ni.. kepunyaan org2 Melayu dan Bumiputra.. tapi org2 Melayu dan Bumiputra ni tak boleh merdeka kalau tak ada sokongan org2 Cina dan India.. so org2 Cina dan India pun banyak main peranan utk kita mencapai kemerdekaan.. Stakat ni korang faham tak? tak faham bagitau sama aku..

4. ok.. so utk mengekalkan kemerdekaan ni.. semua rakyat Malaysia kene bersatu padu.. tak kira ape bangsa dan agama... kalau tak masa tu British kata nk tarik balik kalau ade perang dalam masa 10 taun.. so.. kita pun sepakat.. Melayu, Cina, India pun buat satu kontrak sosial... dalam kontrak ni ade la disebut hak2 dan kepentingan setiap kaum..

5. nk dijadikan cerita, memang adalah adat yg diterima sebagai fakta, tuan rumah akan mendapat kelebihan, maka org Melayu dan Bumiputra mendapat lebih la dari kontrak sosial ni..

6. atas pertimbangan ketua2 tiga kaum terbesar ni maka setujulah kiranya mereka atas apa yg dibincangkan pada masa itu.. dengan maksud yg lain.. semua keputusan termasuklah hak2 dan keistimewaan org2 Melayu diterima dan dituliskan ke dalam perlembagaan Malaysia...

7. yg menjadi perbalahan dari semasa ke semasa sekarang ialah keperluan setiap kaum yg semakin meningkat.. yg aku rase.. dari sudut pandangan aku sendiri adalah sifat tamak yg meninggi.. tak kira la Melayu ke Cina ke India... sama je kite ni.. adeeee je yg nk lebih.. syukur la apa yg ada..

8. mmg la kite kene usaha untuk mendapatkan sesuatu yg lebih baik dari semalam.. tapi kalau boleh menimbulkan perbalahan bukan ke tak bagus tu..

9. nasihat aku.. ghonti ghonti an la perbalahan ni.. junjunglah Raja dan Negara.. jagalah kedaulatan undang-undang.. belilah satu buku perlembagaan Malaysia tu.. tak mahal.. spuluh ringgit je.. nnti dah beli baru la kita ada asas utk menuntut hak kita.. jgn main mintak je.. pastu mintak dengan cara perarakan tepi jalan.. dah macam minta sedekah ramai2 aku tgk.. ade laluannye.. ditolak pun ade sebabnye.. nk tau sebab ape? fahamkan lah perlembagaan Malaysia.. telitilah keluhurannya..

10. tak baik bermusuh.. jgn ikut sangat fahaman barat.. bergaduh dan berdiskriminasi kerana perbezaan warna kulit.. kita semua berbeza secara individu.. sbagai org Melayu.. ade je aku hangen tgk org Melayu lain.. ade je org bukan Melayu yg lagi baik dari org Melayu.. tak payah la berkire sgt.. dunia ni sekejap je..

11. sekian. aku nk pi beli buku perlembagaan. babai.

No comments: