Wednesday, August 1, 2012

Wishlist Raya dari Afrika Timur

Assalamualaikum wrbt.

Pada awal bulan Julai yang lalu pengarang berkesempatan menemuramah beberapa orang kanak-kanak semasa lawatan penandaarasan ke Afrika Timur bersama Persatuan Pencinta Alam Malaysia (PPAM). Lawatan tersebut dilakukan di sebuah perkampungan Islam sempena menyambut Ramadhan. Pengarang sempat menemurah seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan. Jeyze dan Aaliya. Berikut hanyalah petikan yang terakhir temuramah tersebut kerana pengarang tidak larat menaip keseluruhan temuramah.

Apa yang kamu berdua inginkan pada hari lebaran kelak?
Sepinggan nasi dan secawan air.

*Segala petikan di atas telah diterjemah kepada bahasa Melayu daripada bahasa dan dialek Afrika. Kami tidak bertanggungjawab sekiranya petikan tersebut membuatkan anda upset ataupun terasa apa-apa yang aneh. Hal ini kerana semuanya hanyalah sekadar imaginasi pengarang dan boleh diletakkan di rak-rak fiksyen sekiranya ia adalah bahan perpustakaan.

Jika mahu menderma kepada warga Afrika bolehlah ke laman-laman berikut:
MUSLIM AID ASIA
AID FOR AFRICA
WWF MALAYSIA < ini sekiranya anda ingin memberi makan kepada haiwan-haiwan di Afrika.


Sekian,
salam alaykum.

No comments: