Wednesday, May 23, 2012

Bahagian Perkhidmatan Pelanggan

Assalamualaikum wrbt.

Hari ni sepatutnya adalah wordless Wednesday. Tapi wa tak pedulikan. Wa nak menaip juga kerana gambar-gambar di internet sedang trending KJ dan Rafizi. Wa cuba search image Georgia Salpa pun keluar muka mereka berdua. Apa dunia ni dah tiada lagi yang lebih penting? apa semua umat miskin dan kebuluran di Malaysia ni sudah kenyang diberi makan dan senang mendapat pekerjaan? Begitulah emosinya wa pada pagi yang indah begini.

Sekarang wa nak pergi ke Putrajaya sempena lawatan 5S ke Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP). Mungkin wa akan sempat melihat lisa surihani pada perhimpunan jutaan belia yang bermula hari ini.

Sesiapa yang nak berjumpa wa juga bolehlah hadir ke perjumpaan jutaan belia tersebut. Jangan pakai baju kuning pula kerana perhimpunan kali ini bertema merah.

Sekian, semoga bertemu lagi.
Salam alaykum.

No comments: