Tuesday, November 22, 2011

Nasi Lemak Terbang Weeewit!

Assalamualaikum wrbt.

Semasa Persidangan Kesihatan Kedua Perak 2007, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Malaysia, Datuk Dr Ramlee Rahmat, telah meletakkan nasi lemak sebagai satu makanan segera, kerana ia dikategorikan sebagai satu makanan yang berkalori tinggi, dan juga mudah dan siap dihidangkan.

Pada 2011, timbul cadangan agar nasi lemak dihadkan jualannya pada dua kali semingg. Cadangan penyenaraian 70 jenis makanan dan larangan 15 jenis makanan itu disediakan Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan mengikut peruntukan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Langkah ini diambil sebagai satu usaha kementerian menangani masalah obesiti dan diabetes yang semakin meningkat di kalangan rakyat, terutama kanak-kanak.

Mungkin selepas membaca ini anda mula bertanya "Ape kena mengena dengan nasi lemak terbang?"

Well, pemilihan tajuk perkara berlaku apabila pagi tadi semua orang di department gua menerima sebungkus nasi lemak dari bos yang baik hati lagi pemurah.

Mungkin ada yang bertanya " Apa kena mengena dengan terbang?"

Well, ini yang terbang...


Ape pulak yang weewit? Korang tengok video tu minit ke 0:31-0:33 [awek ni nak sep ngan baju purple tapi baju purple tanak sep ngan die, sian, terus cover pegang rambut]

WEEEEWIT! jangan ingat gua tak nampak. Cover konon.

Sekian, gua nak makan nasi lemak gua.
Salam alaykum.

*OH LUPAA! TAHNIAH HARIMAU MUDA! 





No comments: