Friday, September 23, 2011

Kelab Bang Bang

Assalamualaikum wrbt.

Semalam gua tengok cite THE BANG BANG CLUB. Ape? Korang dah tengok lama dah? Tak best pun?
Alaaaaa. Bagi can la gua cerita. Gua dah sekat seminggu tak menaip ni.

Ahhhh ok-lah mouse, cepat cerita. Hari ni hari Jumaat, kami penjawat awam tak banyak masa!.

Baiklah, lepas tengok cerita tu, gua mula menyimpan perasaan hendak pergi beli camera mahal macam jurnalis gambar selalu pakai.

Lepas tu gua nak bela rambut panjang. Mungkin gua akan sengaja tak shave bulu-bulu muka selama beberapa bulan untuk gua lebih tampak dan dapat tampil sebijik macam Taylor Kitch yang membawa watak Kevin Carter dalam cerita tersebut. Gua rasa mamat tu sangat kool.

Mungkin jika bidang yang aku ceburi adalah fotografi, aku akan seperti Kevin. Kev bijak mengatur langkah dalam setiap pergerakan, baik terhadap orang sekeliling, tidak berlagak sombong, mempunyai semangat setiakawan yang tinggi walaupun dia adalah seorang kaki marijuana (ok.. karakter ni gua tak berapa nak).

Ada sebab kenapa dia menang anugerah Pulitzer. Gambar yang menang Pulitzer tu adalah gambar seekor vulture tengah menunggu matinya seorang budak perempuan yang kebuluran. Tragedi kehidupan yang sedih. Sebelum tengok cerita ni gua selalu ingat kat air mineral bila dengar Pulitzer. Bila dah selesai tengok cerita ni gua masih ingat kat air mineral bila dengar Pulitzer. Tiada perubahan. Apa apa pun, sayang sekali akhirnya Kev terpaksa membunuh diri.

Sebab apa? Korang kata dah tengok tadi kan. Mouse, kami tak banyak masa dah ni. Kerja kononnya banyak ni. Ok la ok la. Dia bunuh diri sebab terlalu ramai yang mempersoalkan gambar yang buat dia menang Pulitzer tersebut serta tekanan dari press. Kihkihkih. Tekanan dari press.

Kev ni kerja dengan newspaper agency, amik gambar isu-isu semasa macam perang, perang, dan perang. Kev selalu berhadapan dengan babak babak kematian dan pembunuhan secara langsung semasa mengambil gambar gambar tersebut. Gambar-gambar mayat ibu ibu dan anak anaknya, gambar gambar yang menjelaskan kekejaman manusia terhadap manusia lain.

"Gambar gambar yang menjelaskan kekejaman manusia terhadap manusia lain."

Eish... Tiba tiba gua tak nak jadi macam Kev.
Kev, kalau lu hidup lagi, gua harap lu boleh jadi macam gua. Cuma rambut gua dah potong pendek, tak dapat simpan jambang dan janggut yang serabai macam lu, dan cuma ada camera digital 14.1 mp.
Tapi hidup gua boleh tahan gembira. Sekurang kurangnya gua tak perlu menagih marijuana untuk buat gua senyum dan melupakan peristiwa sedih dalam hidup gua. Cukup dengan tengok bola hujung minggu dan lepak dengan kawan kawan yang macam macam ragam.Apa apa pun, bak kata orang orang seagama dengan lu, rest in peace bru.

Kevin Carter, snapped by Gred Marinovich.
Taken from another website of which i forgot the name.

Sekian, salam alaykum.


No comments: