Friday, August 19, 2011

54 Tahun Yang Lalu : Kuiz (tet!)

Assalamualaikum wrbt.



Kita bakal menyambut hari ulangtahun kemerdekaan yang ke 54.
Itu sahaja intro buat kali ni.
Oleh kerana kejap lagi ada juri pejabat merdeka nak sampai,
maka aku pun sebok mencari soalan-soalan spot.
Ape kata kita sama-sama uji minda sekejap.

1. Apakah tema sambutan kemerdekaan Malaysia pada tahun ini?
2. Tahun bilakah kereta nasional Malaysia dilancarkan?
3.  Siapakah dua pendaki Malaysia pertama yang berjaya menaiki Everest?
4.  Siapakah Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang Pertama?
5.  Berapakah panjang keseluruhan Jambatan Pulau Pinang?
6.  Bilakah tarikh Tunku Abdul Rahman dilahirkan?
7.  Pereka bendera Malaysia ialah?
8. Tiang bendera tertinggi di Malaysia terletak di?
9.  Bilakah tarikh Tun Dr. Mahathir mengisytiharkan nama Jalur Gemilang?
10. Lagu tema kemerdekaan tahun ini adalah? Nyanyikan.

HAH! Jawab!

Em.. kalau tau bagus la.
Jangan nak kerek.
Tak baik.
Kalau tak tau, jawapan ada kat bawah, 
jangan malas.

Sekian,
Salam alaykum.

(1).1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera (2).1985 (3).M.Magendran, N.Mohandas (4).Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad (5).13.5 km (6).Lapan, Februari.1903 (7). Mohamad bin Hamzah (8) Dataran Merdeka, Kuala Lumpur (9) 31 Ogos 1997 (10) cari sendiri!