Friday, July 29, 2011

Malaysia vs Singapore : A Story Most People Already Knew

Assalamualaikum wrbt.

Dari kiri : Harimau Jantan, Harimau Mistik, Harimau Periang, Singaporean.
Khamis haritu aku pegi tengok bola dengan Boy. 
Aku dari Shah Alam, amik dia dekat PJ, sampai stadium, tunggu tiket sampai, 
amik gambar dengan kawan-kawan, 
tengok bola, kalah, balik.

HEHEHE
kalau lah hidup ni simple camtu kan best.
Sebenarnya perjalanan pada hari Khamis tu tak la smooth begitu.
Ok bawah ni aku cerita in detail.
Hey Heoh! Lets Geoh!

Dari Shah Alam.

Entah macam mana, aku ada kursus starting 27-29 kat Quality Hotel Shah Alam. Terpaksa aku ciaw awal pada 28 hb tu kerana sifat patriotik yang tidak berbelah bahagi. Aku naik atas, masuk bilik, tukar baju biasa, selit baju Hitam Kuning dalam beg, buat-buat muka foreigner, amik tiket parking di kaunter, turun lif tingkat P3 di mana kereta aku berada, dan aku dalam perjalanan ke PJ mengambil Harimau Jantan.

Ke PJ

Entah macam mana, jalan yang lurus ke PJ dari Shah Alam itu menjadi tidak berapa lurus. Kaki sesat macam aku ni telah sesat. Tapi aku tetap tenang kerana aku tau pastinya ini akan menjadi sebuah anekdot. Setelah sesat dan pulang ke pangkal jalan buat kali kedua, tibalah aku di Menara PJ8 di mana Harimau Jantan berada. Kononnya untuk meraikan ketibaan Harimau Jantan, aku pun menghidupkan alarm kereta yang berbunyi "teeen teeen teeen". Apabila aku cuba mematikan gimik tersebut, ia tidak mahu. Alarm aku rosak. "Oh tidak!" kata aku. Dua orang penjaga keselamatan berbangsa asing sudah mula memerhatikan gelagat kami. Harimau Jantan terpaksa belakon kool dan cuba mencari butang tutup alarm di dalam kereta. Aku terus mencuba mematikan alarm menggunakan remote dan akhirnya berjaya. Dengan agak segan, kami meneruskan perjalanan.

Ke Bukit Jalil

Perjalanan memang agak lancar mungkin kerana kami gerak awal. Pukul 4 kami sudah berada di sekitar stadium mencari jalan untuk parking. Kami parking di depan Sekolah Bukit Jalil. Kena bayar 5 ringgit. Harimau Jantan yang bayar, aku buat-buat nak keluar duit tapi tak keluar-keluar. Bila nak tengok bola memang macam ni. Kalau nak parking dekat memang boleh, jalan pun tak jauh sangat nak masuk stadium. Tapi bila balik sendiri mau ingat. Boleh jadi dekat sejam jugak nak keluar dari kotak parking je. Jadi, bairlah parking jauh sikit, biarlah rasa nak tercabut lutut sikit, asal tak duduk dalam kereta lama-lama. Aku pelik apsal diorang tak naikkan sikit time komuter tutup. Takde la aku kecoh-kecoh sesat la, parking la. Sudah bertahun tengok bola, tak banyak berubah.

Di Bukit Jalil

Sampai je di perkarangan stadium, aku dan Harimau Jantan pergi makan. Masa tu harimau-harimau betina memang ramai yang seksi-seksi. Mungkin cuaca yang agak panas mengakibatkan pengurangan kain yang banyak. Mungkin juga mereka belum terdedah kepada cerita neraka yang lagi panas. Kepanasan itu ditambah lagi dengan harga nasik goreng biasa-biasa yang mahal, harga air mineral yang mahal, harga stiker kereta harimau yang tak mahal, tapi sebab benda lain mahal aku rasa semua pun mahal, so aku tak beli. Lagi panas bila ada orang potong barisan aku masa nak amik wuduk kat surau sebelah foodcourt. Sekarang bila fikir balik aku panas kembali memikirkan kedaifan surau di stadium. Orang yang buat stadium ni tak tau ke majoriti penonton bola ni muslim. Diorang tak tau ke tinggal semayang tu dosa besar? Kalau 30 ribu orang tak semyang sebab alasan facility yang hampeh, siapa tanggung dosa? Lu orang jugak la sebab lu orang yang tak semayang, bukan orang yang buat stadium tu. Buat la surau yang besar, kalau tidak pun buat la surau yang banyak. Ini sampai tujuh kali jemaah baru sampai turn aku ni ape cite ni. Aku bukak parti politik baru kang!

Kepanasan bertukar gusar apabila orang yang diamanahkan membeli tiket kami belum sampai. Kami terpaksa menunggu dari jam 4.30 sehingga jam 8.25 baru dapat masuk stadium. Kegusaran itu luput sedikit bila harimau-harimau lain tiba. Bila dah lambat macam biasa la, masuk stadium yang layak aku umpamakan dengan tin sardin, atau kereta viva yang disumbat 7 orang. Kesian, bayar RM30 tapi dapat tengok kat celah-celah ponggong orang. Lagi kesian yang bayar tiket RM50. Aku masih tak faham kenapa jadi macam ni walaupun diterangkan beberapa kali oleh Harimau Jantan, "ada orang masuk bawah kelab, takyah tiket, diorang dah bayar orang dalam." Aku rasa benda ni tak patut terjadi. Jual tiket ikut seat la. Kalau seat ada 85 ribu jual la tiket sebanyak 85 ribu. Ini sampai tangga pun penuh dengan orang berdiri, laluan kecik penonton sampai dua lapis. 85 ribu pebende. 
Ni ape cite ni. Aku tanak pergi stadium lagi baru korang tau!

Tapi tu semua perkara yang boleh diatasi oleh harimau seperti aku dan harimau jantan. Walaupun kami masuk lambat, walaupun muatan melebihi had, kami dapat seat yang baek dengan view yang baek pada malam tersebut. Its all about strategy bak kata Mourinho ketika berumur 24 tahun. Pada mulanya aku tertanya-tanya juga kenapa dan bagaimana boleh ada seat kosong di tejmpat yang baek walaupun pada minit ke 12 perlawanan. Tapi rasa seronok dan teruja dan gembira dan Mourinho membuat aku berkata "ahhh.. lantak pi lah.. janji dapat duduk". Malam tu memang best. Cuma yang tak best ialah kekalahan.

Pasal kalah dan apesal kalah?

Sebenarnya di Bukit Jalil kita tidak kalah. Kita seri. Kita cuma kalah di Singapura dan kalah secara agregat.Walau apa pun, secara peribadi, aku berpendapat bahawa kalah tetap kalah. Drama or no drama, acting or real tackling, thats football. Siapa suruh bolos 5 gol di Singapura. Mana ada team kasi bolos 5 kalau sungguh-sungguh nak masuk world cup. Pasal game malam tu, Apek man of the match. Safee kena cari partner. Defender kena makan banyak sikit biar badan gedabak. Rajagobal kena minta maaf kepada penyokong Liverpool. 
ITU LAA, SOMBONG, KAN DAH KENA.

Kesimpulan

Malam tu aku balik kecewa kerana Malaysia gagal melayakkan diri ke arena yang berprestij. Tapi selepas tidur yang panjang pada hari Jumaat ini, aku mulai pulih, mental dan fizikal. Kepada sukan bolasepak Malaysia, buanglah sikap arrogant dan hantarlah pemain-pemain pelapis ke akademi yang ada di seluruh dunia. Untuk menjadi pemain bolasepak bertaraf dunia, kita perlukan jurulatih bertaraf dunia juga.

Sekian,
Salam alaykum

*zaman kegemilangan skuad senior sudah di pinggiran barangkali #whoknows, oh ya, selamat berpuasa


No comments: