Tuesday, July 12, 2011

Life After BERSIN 2.0

Assalamualaikum wrbt.

Ah.. Ahh.. Ahmad!

BERSIN 2.0 adalah satu fenomena yang pastinya akan tercatat di dalam buku sejarah negara. Paling koman ianya akan tercatat di dalam diari seseorang. Mana tidaknya, kehadiran beberapa ribu umat manusia di tengah-tengah ibu kota, memakai baju kuning dan BERSIN beramai-ramai pastinya mendapat liputan hangat. Sempat menghadirkan diri setelah terlepas dari sekatan jalan raya tiga lapis juga, adalah sekelompok manusia yang memakai baju merah yang juga BERSIN beramai-ramai, cuba untuk menewaskan tahap BERSIN pihak berbaju kuning. Tidak kurang juga yang berpakaian unifom hitam, cuba menjadi hakim kepada pemBERSIN golongan kuning dan golongan merah. Semua itu memang sudah diketahui kerana terdapat pelbagai video dan juga gambar boleh dilihat di laman-laman web, blog-blog rakan dan musuh, juga media-media dalam dan luar negara. Persoalannya, apakah yang berlaku selepas itu? Apakah tuntutan pihak BERSIN 2.0 dipenuhi? Dapatkah kita memakai tisu kekal? Dapatkah kita memastikan ketelusan BERSIN pos? Adakah kejahatan 'hantu BERSIN' dapat dibendung? Apa yang terjadi kepada pemBERSIN golongan kuning yang ditangkap? Apakah nasib pakcik yang BERSIN sampai sawan selepas diikat oleh pemBERSIN golongan hitam? Bagaimana pula nasib pemBERSIN golongan hitam yang terpaksa membatalkan hasrat bercuti hujung minggu bersama keluarga akibat terpaksa berkerja mengawal perhimpunan BERSIN? Bagaimana nasib peniaga-peniaga yang terpaksa menutup kedai mereka dan BERSIN di rumah sahaja? Anda pula bagaimana? Apakah yang anda lakukan selepas peristiwa BERSIN 2.0 itu? 


Jawapannya mudah.


pastinya kita semua
BERSIN 
seperti biasa.
keh keh keh keh keh


Sebenarnya kita boleh BERSIN tanpa provokasi. 
(kalau difikir-fikir balik, agak sukar juga untuk bersin tanpa provokasi..)
Kenapa perlu tunggu satu perhimpunan BERSIN yang tidak mendapat kelulusan? 
Bukankah bagus tidak disembur oleh gas penggatal hidung?
Tidak disiram seperti rumah terbakar?
Kita juga tidak perlu meredah jalan yang penuh sesak dengan hanyir BERSIN ORANG LAIN. 


Sekian, 
salam alaykum.


*The ink of the scholar is more holy than the blood of the martyr- sayings of the Prophet*
BERSIN sahaja di depan PC - sayings of the Mouse


No comments: