Monday, June 27, 2011

Si Hitam Legam

Assalamualaikum wrbt.

Si Hitam Legam kepunyaan orang lain.

Kedai cuci kereta Jalan Reko (depan kedai kereta Chevrolet)

"Linggam, aku rasa kita sudah capai target kita, kita patut berkemas dan tutup kedai"
kata Singgam kepada Linggam

Di kedai cuci kereta itu Singgam dan Linggam, dua beradik kembar tak seiras memulakan perniagaan sejak 7 bulan yang lalu. Hasilnya cukup memberi mereka makan apabila mahu, berserta tempat tinggal.

"Aku juga rasa begitu abang, kalau ada pelanggan lagi mesti kita tidak dapat pulang awal"
kata Linggam apabila selesai menyidai kain lap kereta.

Hari ini kedai cuci kereta adik beradik itu tutup awal 1 jam dari biasa. Hari yang cerah memang menguntungkan setiap pengusaha kedai mencuci kereta.


Kedai cuci kereta dekat parking bawah tanah Econsave, Jalan Reko

"Kadir, malam ni aku ingat nak pergi karaoke la dekat Malaysian Idol tepi jalan tu."
bisik Rem kepada Kadir yang sibuk mengelap cermin kereta pelanggan.

"Ai? baru Sabtu lepas karaoke, nak karaoke lagi?"
balas Kadir sedikit mengah

"Alah, ape salahnya, kau nak tak?"
tanya Rem sedikit mendesak

"Boleh juga, nak tutup awal ke?"
tanya Kadir mengerutkan dahi.

"Lepas siap kereta ni, kita tutup."
jawab Rem

Selesai sahaja membasuh kereta wira sedan warna cipan itu. Kadir dan Rem berlenggang menuju ke Malaysian Idol Family Karaoke.

"Kau nak nyanyi lagu ape?"
tanya Kadir.

"Taman Astakona"
jelas Rem mengukir senyuman penuh makna.


Kedai cuci kereta belakang Al-Ehsan Bandar Baru Bangi seksyen 8

"Helo Haji, malam ni jadi ke kita nak bincang pasal kenduri yang kau nak buat tu?"
tanya Lim kepada Haji Ahmad.

Mata-mata keliru di restoran sebelah tertumpu kepada Lim yang seakan menjerit semasa berbual menerusi telefon, perbualannya juga mendatangkan pelbagai persoalan.

"Kalau jadi, aku mahu tutup kedai awal sedikit. Aku takut lambat pula perbincangan kita nanti."
sambung Lim lagi.

Beberapa anak kecil belasan tahun tersengih-sengih lalu meneruskan perbualan mereka yang terhenti.

"Lim ni memang berkawan dengan semua orang bang. Haji Ahmad Darul Syifa pun baik betul dengan Lim ni"
kata Rahmah merungkai simpulan persoalan di kepal pelanggannya.

"Baik, kalau macam tu aku tutup kedai sekarang, aku jumpa kau dekat tempat biasa."
akhir kata dari Lim sebelum bergegas menutup kedai cuci keretanya yang sedang dalam musim promosi.

"Kak Rahmah, aku balik dulu, ada hal nak bincang dengan Haji Ahmad!"
jerit Lim kepada Rahmah yang sedang berjalan menuju ke dapur.

"Ok Lim, hati-hati di jalan ya!."
jerit Rahmah pula.

____________________________________

MALAM NI HASRAT AKU NAK BASUH KERETA TIDAK TERCAPAI,
ramai pengusaha kedai mencuci kereta tutup awal. 

Sekian,
Salam alaykum

*Si kaya bertambah kaya, Si hitam makin legam. terima kasih kerana sudi membaca. kalo marah awaklah Singgam.
keh keh keh


No comments: