Sunday, November 21, 2010

Al- Quran dari Kota Suci Mekah inspired by Azim Askar

Bacalah


ASSALAMUALAIKUM wrbt

Chewaaahhh.. semenjak aku jumpa port internet kat rumah felo ni bukan main giat aku mengonlinekan diri.. kehkehkeh.. ini kalo mak aku baca ni mesti die geleng kepala.. pernah aku kene sound..

"kerja jangan lupa.. jangan asek berbelog aje.."
sergah Datin S

"Eh.. mana mama tau along ade blog?.."
terkejut kecil aku bertanya

"eeeeehhh.. ingat mama buta IT ke.."
jawab mama sedikit riak

cis.. mentang2 dah berkecimpung dalam bidang pembelajaran online... 
maka aku kena berhati-hati lepas ni.. takleh carut lebih.. takleh kutuk2 mak aku sendiri.. 
haha..

Sebelum memulakan kuliah kita pada malam ini.. aku nak ucapkan tahniah kepada pasukan Liverpool yang berjaya menghambat Westham "HOOLIGAN" United semalam... tak sia-sia aku kehujanan dan pulang lewat.. heeee heeee.. kepada pasukan lain.. padan muko kau kalah..

Semalam aku lepak tengok bola kat Temiang Corner, makan roti tampal yang ade semut.. terus aku pulangkan balik dan dengan comel aku berkata:

"tengok ni.. semut.. saya tanak dah.. tanak bayar..! (sambil jeling garang..)"
bebel aku

spoil betul mood aku.. patut la aku asek terlupa je hari ni.. banyak makan semut.. korang pernah kene camni? kesian korang.. sabar ye.. dugaan itu pelbagai.. (^^)

Arakian, berbalik kepada topik asal... masa aku lepak smalam.. si azim bukak cerita masa zaman kecik2.. mengaji rumah orang.. dengan kawan-kawan.. bulu kakinya yang pertama dicabut oleh rakan sepengajiannya.. betapa beliau sedih.. kahkahkah.. 

"kau ni bangang ar!"
marah azim selepas bulu kakinya dicabut

"kau ni main-main yo zim! den antar kau keluar kang!"
sergah ustadz yang alim mengajar

kahkahkah.. tu je aku ingat.. well efek makan semut..

pastu aku pulak terflashback zaman aku belajar mengaji.. masa tu aku baru sekolah tadika nak masuk darjah satu.. Alhamdulillah otak aku pikap bab2 mengaji ni.. tadika lagi aku dah naik ke Quran..

note: masa dulu takde buku Iqra'.. kitorang belajar muqaddam dulu.. lepas muqaddam baru naik ke Quran.. fahem? bagus..

Sampai ke hari yang aku nak mula mengaji pakai Quran tu.. nah... mak aku bagi Quran besar.. air mata aku terus meleleh.. hahahaha...

Mana tak nanges... orang lain semua pakai Quran yang saiz normal.. aku punya besar.. lagi besar dari beg yang aku sediakan untuk bawak Quran tu.. malu la aku..

MAKA aku pun ambil keputusan tanak pergi mengaji.. dah.. mak aku hangen pulak.. lepas kene marah.. aku pun pergi.. tapi aku pun ada idea aku sendiri.. aku kata kat mak aku..

"pergi lambat sikit.. sekarang orang ramai.."
aku cuba berunding.. dan diterima

Sampai time untuk berdeparture.. air mata aku meleleh lagi.. hahaha.. malu wei.. mana musim pakai Quran besar2 time tu.. mak aku pulak semangat hari tu.. siap antar aku pergi mengaji.. takut aku lari la tu.. adei.. terpaksa la aku pergi jugak.. saja aku jalan lambat-lambat.. padan muka mak aku..

sampai kat tempat ngaji tu.. aku masih hiba.. air mata bergenang.. tinggal sorang lagi tengah mengaji.. nasib baik.. hehe..

"maaf lambat... dia malu nak datang.. Al-Quran besar.."
kata mak aku kepada nenek yang ajar mengaji tu

"eh.. bagus la besar.. senang nenek nak tengok.."
sokong nenek tu

"ha kan mama dah cakap.. ni Quran atuk beli kat Mekah ni.."
sambung mama

"Bismillahirrahman nirrahiiiimmm.."
aku malas layan org tua dua tu dan terus mengaji.. dan mak aku pun balik..

Esoknya mak aku bawak aku pergi pasar malam kat Ampangan beli Quran.. hahaha.. LEGAA

dah besar-besar ni.. rindu pulak nak pegang Al-Quran besar tu.. dah hancur dah.. mana tah mak aku simpan.. kalau ada lagi.. aku nak jaga baik-baik.. nak tunjuk and cerita kat cucu cicit.. he he he

Sekian,, itu je yang aku ingat.. semut punya hal..


"Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus"
5:16


Salam Alaykum!


3 comments:

sheikh janc said...

assalamualaikum wbt....

jgn setakat jaga, tunjuk dan cerite, tapi mesti dihidupkan dengan membaca, memahami, mengamalkan dan menyampaikan.....

ringo starr said...

Alhamdulillah...

ni sume Razul punye pasal, dia tegur selai jambang aku panjang...
terus keluar cite mengaji tu...

Anonymous said...

Tuan HAJI JEHAN: Yo lah.. cucu kau tu pun sok bleh ngaji mo den..

Ringgo Yang Dicabut Bulu Kaki: skarang dah banyak bulu kaki.. belajar la bersyukur.. ngee..