Monday, May 24, 2010

The Year of Creativity and Innovation

Assalamualaikum wrbt.

Sebelum start.. aku nk berpantun dulu lah.. supaya korang tak buat keje2 yg diamanahkan kepada korang oleh kerajaan Malaysia ataupun institusi-institusi swasta adanya. Kepada yg masih student life.. elok la korang bace.. update sket la dengan realiti yang berlaku dalam negara kita detik dua belas malam tahun dua ribu sepuluh.



Pergi memancing di waktu pejabat
membawa kail panjang sejengkal
sudah habis waktu pejabat
baru nampak muka yang terjal


Pantun ni aku tujukan khas kepada brader paling otai kat opis aku yang aku tak  berani nk sebut nama die dalam ni sebab takut aku kene campak kat ikan kaloi die yg sebesar basikal budak umur 6 tahun.

1. Setidak hubungan dengan stetement (kenyataan..) di atas, Pada kali ni sebenarnye aku nk btau korang, tahun 2010 ni adalah tahun di mana kita menamakannya "The Year of Creativity and Innovation" iaitu bila dimelayukan menjadi "Tahun Kreativiti dan Inovasi" (translasi khas untuk jimbet, aboyot, dan rakan-rakan yang tak berpeluang belajar bahasa inggeris..)

2. Maka dengan itu aku sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan bijaksana telah menyahut seruan kerajaan dengan menginovasikan diri aku sendiri bermula bulan Mac lepas.

3. Antara hasil2 inovasi aku ade aku paparkan di bawah mengikut ranking yang aku buat sesuka hati aku. kalau tak puas ati jum kite set tempat, kite racing.


Kreativiti dan Inovasi

Ke -3 : V2021 (Tempat habuk rokok) 


Deskripsi item: 

Benda ni aku amik dari kotak cpu member aku, pastu aku tampal la poster2 free yg bdak umah aku bagi. aku panggil ashtray ni vision 2021, hal ini kerana mengikut perkiraan statistik sehari sekotak rokok, v2021 ni hanya akan penuh pada tahun 2021.

Kelebihan: 
storage capacity yg besar, selamat, sebab kalau v2021 ni jatuh pun abuk2 die tak kuar, kalo korang campak rokok yg masih menyala pun die tak terbakar dan asap die tak kuar ikut lubang tu sebab lubang die bawah paras atap kotak.

Kekurangan: 
kurang perokok yang mampu memenuhkan v2021


Ke-2 :  FANSUNG (kipas mudah alih dan mudah beralih sendiri)


Deskripsi item:

Kipas ni adalah hasil gabungan idea aku (86%); budak rumah aku merangkap tuan punya kipas sendiri (2%) 
dan en. kipas sendiri (12%). Kipas ni sebenarnye aku pun tak tau asal usul die, member aku amik.. eh.. beli.. kat mane tah.. pastu time kitorang pindah rumah die pun pening tak tau mane nak sangkut kipas tu. So dengan berinovasinya aku pun cabut rak kasut yg diperbuat dari dawai dan aku gabungkan dengan konsep konsep leonardo da' vinci, maka terhasillah seperti gambar di atas.

Kelebihan:
kipas ni senang dibawa ke mana-mana, kalau malas bawak kaki die pun takpe asalkan destinasi korang seterusnya ade rak2 kasut dawai ataupun meja komputer member korang.. boleh.. tak dosa.. insyalah.. kipas ni juga sangat mobile sampaikan die boleh gerak sendiri. kalau malam korang letak kipas ni dekat ujung belah kiri bilik, pagi sok (esok..) korang bangun die ade kat belah kanan bilik. terbaik. FANSUNG juga menjimatkan minyak sebab die guna elektrik, ya.. sama dengan kipas-kipas yang lain.

Kekurangan:
belum dicop sirim, kalau terpegang wayar die kadang2 boleh terkene renjatan elektrik dan ancaman bunyi orang menjerit tengah-tengah malam.

Johan : 
Pemenang idea paling kreatif dan inovatif, kategori idea sepanjang zaman.

S.L.E.E.P Port

Deskripsi item:

Diambil dari kotak cpu jugak, memerlukan satu buku tebal sebagai bantal, meja, dan tahap keberanian yang tinggi.

Kelebihan:
boleh dipraktikkan di mana-mana meja pejabat, mudah dilipat-lipat, kos bahan adalah kosong.

Kekurangan: 
tidak mendapat restu bos dan ibu bapa melainkan korang adalah bos.. tapi kalo korang bos korang tido je la mane2.. sape nk marah... btol? TOLONG JANGAN BERITAHU MAK AYAH KORANG kalo korang buat keje camni.. susah ati dorang nnti time korang bagi dorang duit.. mane la tau.. tak berkat ke nnti...

4. Baiklah... setelah aku melihat gambar SLEEP Port ni.. mate aku pun da berat.. jam pun dah tak lame lagi nk pkol 2.. setakat ni aje minggu ni.. aku berundur diri.. sory gua da tak larat nk pantun...

5. Korang jangan ngada2 nk order2 barangan2 kat atas sebab they are not for sale.. (bukan untuk dijual..) aku takkan letak acc cimb aku 050600141270046 atau maybank 56322111568688 kat sini. harga ikut suke korang la nk letak sebab memang aku takkan jual kipas tu dengan harga 89.90, ashtray 20.00, sleeep port 1 juta ringgit.

Sekian, terima kasih, kepada yang baru nak pegi lunch, selamat menjamu selera.
kepada yang malas nk g makan cam aku, korang memang best.. selamat tidur.

Salam alaykum.

4 comments:

Fairyhana said...

ahaha.. iyo lah.
mesti kecewa bila dapat tau kan. wahaha :P

::SunnySunshine:: said...

lerr..
kecewa mendenye..
bgus la tu..
ade jgak member2 aku yg terlibat..
huhu..

scha_10 said...

hahaha...
ko mmg berinovasi..
aku paling suke sleep port tu..
terbaik dr ladang ;)
untung dpt bdn kecik cm ko..muat2 je tdo bwh meja :p

::SunnySunshine:: said...

scha: bawah tu boleh renovate lagi tu.. kasi panjang sikit lagi.. huhu..