Monday, December 7, 2009

: : H. R dan E.G.M :

cataloging @ mengkatalog adalah satu pekerjaan atau perbuatan. contohnya, di dalam sesebuah perpustakaan, seorang pengkatalog atau cataloger atau cataloguer akan mengekstrak atau mengambil maklumat-maklumat penting, atau terma yang diguna pakai adalah mengambil rekod bibliografi daripada sesebuah bahan perpustakaan itu lalu merekodkannya ke dalam kad atau buku, atapun ke dalam pengkalan data sesebuah institusi seperti kebanyakan perpustakaan masa kini yang menggunakan sistem komputer berintegrasi perpustakaan. selalunya, jumlah paling minima untuk merekod bahan adalah sebanyak sepuluh buku sehari. tahap kesukaran mengkatalog adalah berdasarkan jenis bahan perpustakaan tersebut. bagi bahan buku contohnya, sesebuah buku itu adalah mudah dikatalog jika rekod bibliografinya terdapat di perpustakaan lain. hal ini kerana, pengkatalog hanya perlu mengambil data tersebut dan mengaplikasikannya ke dalam sistem sendiri. akan tetapi, jika rekod tersebut tidak berada di mana-mana perpustakaan, maka rekod tulin atau asal atau 'original cataloging' terpaksa dilakukan dan inilah yang membuatkan seseorang pengkatalog mengambil masa sehingga satu jam, beberapa jam, separuh hari sehari, atau sehingga beberapa hari untuk menyiapkan untuk melengkapkan kemasukan rekod satu judul bahan sahaja. buku-buku dalam bahasa melayu adalah yang paling sukar kerana tidak semua menggunakan bahasa antarabangsa sebagai contoh, tengkolok, gurimdam, ketupat, rendang dan sebagainya. maka, terciptalah satu lagi perbuatan iaitu H.R yang membawa maksud, Hisap Rokok bagi mengurangkan tekanan tersebut. bagi pengkatalog wanita, mereka akan berbincang mengenai masalah katalog tersebut sambil, atau semasa makan dan segala usaha inI dipanggil E.G.M atau eating general meeting. tidak kira H.R atau E.G.M, kedua-duanya membantu meningkatkan produktiviti, dan membantu proses pergaulan dengan makhluk Allah yg lain selain bahan perpustakaan sepanjang hari.

AMARAN: Jangan ambil sebarang petikan sebagai rujukan.

No comments: