Showing posts with label POLITIKUS. Show all posts
Showing posts with label POLITIKUS. Show all posts

Wednesday, March 13, 2013

Talking About Politics

Assalamualaikum wrbt.

Always when were having conversations these days we bump into this one topic. Politics. And, always we dispute over it, again and again without any answer to anyone's questions. Maybe there is an answer but not the one we wanted to hear. So, why? Why did we even think about talking politics with another person? Why why why why why oh why. ;p

What comes out of them (politic conversations) will nevertheless be a whole new bundle of assumptions.

So i did make few assumptions of my own, in regards to talking about politics, may it be among colleagues, among friends, best friends, enemy, enemies, uncles, grandfathers, father, father in law, our spouse, spouses; of how that person thinks, what idea he has or who he is in that situation, that exact moment.

1. People who opens/started the political talk often have nothing else to say. Politic is actually a very good ice breaking topic besides football and food. I mentioned football because most political conversations are often talked by men (my blog, my environment). Women wouldn't care less, not until some prices of goods raises. This brings us to another theory that everybody is already in a political party, or liked one but has yet to join, or agrees with an idea or ideas that one party stood up for. Therefore, when you praise a party, or you condemn one, there will be at least one person who will say otherwise. Often it started with "i agree with you, but..". 'But...' This person who started it never learns, or maybe he is never a quitter both ways were screwed. This type of people is more of a starter not contributor. And they always love to see other people argue but hate being in that argument. Always.

2. People who opens/started the political talk have a very little idea what they are talking about. And they often loses the first few arguments. Those who have enough confident to talk about politic does not play the offensive role. They usually keep it calm until some idiot say something stupid like ''oh how good the government nowadays, or how dirty the oppositions are''. Nah, then goes dozens of facts not figures, and a whole lot quote from this newspaper, that magazine, those youtube videos and all blurted out like a used machine gun by that keep calm and support your party guy. But that does not end there my friend. One otai will always back up that idiot who started the conversation. There goes a good cup of coffee and few stick of cigarettes inhaled not because of addiction but for stalling a respond. This type of person is usually in the peak of his youth, aged between 24-26. Often found not married, but attracts a lot of people around. They are grouped in the moderate class, those who always says he agrees with his teammates, attack sikit-sikit, but never strongly disagree with the opposite team where he will always eats a counter. Always.

3. People who opens/started the political talk thinks they are super-humans or psychic who can turn the ideology of one man in a single conversation. How many kedai kopi conversations you have had resulting one person converts/jumps to your party, or at least accept the idea of your party, or even less nods to your good points? I bet none. Oh sorry i don't bet. I guess none. So, please stop trying to make us joins this party or that party my friend. I don't mind listening to some of your views on politics, but not all the time. For you to force the ideology into me is just assaulting and i felt raped. This type of people are far from extremist. They are the self-righteous, most narcissistic men on earth. Whatever you say wont matter. They know what they are doing. The one who doesn't is you. Always.

4. People who opens/started the political talk wants to know more about a party they gonna vote. They want to know whether they will make the right choice, cross the right box. Well my friend as a voter myself, you aint getting much help from that discussion. Discussions which is sparked by disagreement and dispute and worst ever, assumptions, what kind of support information could you get from that? Nothing. This type of people are the virgins of politic world. These people are mostly our university students. They always start with a question. Always.
*shorter, bcos im tired of typing n im hungry*

So, i think from now on, whenever somebody talks about politics, i'am going to shut up, make a funny face or deflect on something else, ill try muslim chinese food topic. The person who is going to be on that voter carrel is you, only. Read some books, read some constitutions (if it helps), because written dialogues, and written ideology gives you better understanding and is often more helpful than a spoken one. You cant say i care less about my country just because i refuse to talk about politics. I have voted in the past and i will vote again in the future. And that will matter most.

Sekian,
salam alaykum.

Thursday, August 30, 2012

Suasana Kemerdekaan

Assalamualaikum wrbt.

"Demi negara yang aku cinta, roh dan nyawa galang gantinya"

55 tahun yang lepas, sehari sebelum merdeka, pagi macam ini, entah ada pustakawan entah tidak agaknya. Tapi sekarang, dah ada. Pasti. Alhamdulillah. Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-55.

Sekian, terima kasih.


Friday, August 19, 2011

54 Tahun Yang Lalu : Kuiz (tet!)

Assalamualaikum wrbt.



Kita bakal menyambut hari ulangtahun kemerdekaan yang ke 54.
Itu sahaja intro buat kali ni.
Oleh kerana kejap lagi ada juri pejabat merdeka nak sampai,
maka aku pun sebok mencari soalan-soalan spot.
Ape kata kita sama-sama uji minda sekejap.

1. Apakah tema sambutan kemerdekaan Malaysia pada tahun ini?
2. Tahun bilakah kereta nasional Malaysia dilancarkan?
3.  Siapakah dua pendaki Malaysia pertama yang berjaya menaiki Everest?
4.  Siapakah Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang Pertama?
5.  Berapakah panjang keseluruhan Jambatan Pulau Pinang?
6.  Bilakah tarikh Tunku Abdul Rahman dilahirkan?
7.  Pereka bendera Malaysia ialah?
8. Tiang bendera tertinggi di Malaysia terletak di?
9.  Bilakah tarikh Tun Dr. Mahathir mengisytiharkan nama Jalur Gemilang?
10. Lagu tema kemerdekaan tahun ini adalah? Nyanyikan.

HAH! Jawab!

Em.. kalau tau bagus la.
Jangan nak kerek.
Tak baik.
Kalau tak tau, jawapan ada kat bawah, 
jangan malas.

Sekian,
Salam alaykum.

(1).1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera (2).1985 (3).M.Magendran, N.Mohandas (4).Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad (5).13.5 km (6).Lapan, Februari.1903 (7). Mohamad bin Hamzah (8) Dataran Merdeka, Kuala Lumpur (9) 31 Ogos 1997 (10) cari sendiri!

Tuesday, July 12, 2011

Life After BERSIN 2.0

Assalamualaikum wrbt.

Ah.. Ahh.. Ahmad!

BERSIN 2.0 adalah satu fenomena yang pastinya akan tercatat di dalam buku sejarah negara. Paling koman ianya akan tercatat di dalam diari seseorang. Mana tidaknya, kehadiran beberapa ribu umat manusia di tengah-tengah ibu kota, memakai baju kuning dan BERSIN beramai-ramai pastinya mendapat liputan hangat. Sempat menghadirkan diri setelah terlepas dari sekatan jalan raya tiga lapis juga, adalah sekelompok manusia yang memakai baju merah yang juga BERSIN beramai-ramai, cuba untuk menewaskan tahap BERSIN pihak berbaju kuning. Tidak kurang juga yang berpakaian unifom hitam, cuba menjadi hakim kepada pemBERSIN golongan kuning dan golongan merah. Semua itu memang sudah diketahui kerana terdapat pelbagai video dan juga gambar boleh dilihat di laman-laman web, blog-blog rakan dan musuh, juga media-media dalam dan luar negara. Persoalannya, apakah yang berlaku selepas itu? Apakah tuntutan pihak BERSIN 2.0 dipenuhi? Dapatkah kita memakai tisu kekal? Dapatkah kita memastikan ketelusan BERSIN pos? Adakah kejahatan 'hantu BERSIN' dapat dibendung? Apa yang terjadi kepada pemBERSIN golongan kuning yang ditangkap? Apakah nasib pakcik yang BERSIN sampai sawan selepas diikat oleh pemBERSIN golongan hitam? Bagaimana pula nasib pemBERSIN golongan hitam yang terpaksa membatalkan hasrat bercuti hujung minggu bersama keluarga akibat terpaksa berkerja mengawal perhimpunan BERSIN? Bagaimana nasib peniaga-peniaga yang terpaksa menutup kedai mereka dan BERSIN di rumah sahaja? Anda pula bagaimana? Apakah yang anda lakukan selepas peristiwa BERSIN 2.0 itu? 


Jawapannya mudah.


pastinya kita semua
BERSIN 
seperti biasa.
keh keh keh keh keh


Sebenarnya kita boleh BERSIN tanpa provokasi. 
(kalau difikir-fikir balik, agak sukar juga untuk bersin tanpa provokasi..)
Kenapa perlu tunggu satu perhimpunan BERSIN yang tidak mendapat kelulusan? 
Bukankah bagus tidak disembur oleh gas penggatal hidung?
Tidak disiram seperti rumah terbakar?
Kita juga tidak perlu meredah jalan yang penuh sesak dengan hanyir BERSIN ORANG LAIN. 


Sekian, 
salam alaykum.


*The ink of the scholar is more holy than the blood of the martyr- sayings of the Prophet*
BERSIN sahaja di depan PC - sayings of the Mouse


Thursday, July 7, 2011

BERSIN 2.0

Assalamualaikum wrbt.



Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIN 2.0

1. Bersihkan hingus sendiri

• Hidung harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pembersin hantu’ seperti orang yang suka bersin.
• Pendaftaran pembersih automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pembersihan Bersin boleh menyelesaikan masalah hantu bersin dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan bersin pos

• SEMUA pembersin seharusnya dibenarkan untuk bersin melalui pos atau bersin lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pembersinan semasa hari bersin.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus bersin seperti biasa pada hari mengundi.
• Bersin pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses bersin pos.

3. Gunakan tisu kekal

• Penggunaan tisu kekal boleh mengelakkan seseorang (atau hantu bersin) daripada bersin beberapa kali.

4. Masa bersin minima 21 hari

• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan bersin, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa bersin 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa bersin sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa bersin 8 hari sahaja.

5. Akses tisu yang bebas dan adil

• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bersin.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pembersinan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai bersin! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi bersin

Institusi bersin dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi bersin harus direformasikan supaya bersin secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak bersin manusia.
Contohnya :

-Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pembersinan yang bebas dan adil.

-Badan Kehakiman harus memelihara kebersinannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.

-Peguam Negara perlu bersin secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.

-Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bersin dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan bersin.

-Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan bersin dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan bersin

-Bersin adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Bersin menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.

-Pembelian bersin harus dihentikan!

-Akta Kesalahan Bersin 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan bersin kotor

-BERSIN 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan bersin kotor.


APA SALAHNYA PERHIMPUNAN BERSIN DITERUSKAN!!!???

Sekian,
Salam alaykum.

*HAtchum!



Saturday, December 11, 2010

NAH! AMIK!

Melayu itu Islam?


Artikel 153
Rencana utama: Artikel 153 Perlembagaan Malaysia
Artikel  153  Perlembagaan  Malaysia  memberi  hak  kepada  Yang  di-Pertuan  Agong,  bertanggungjawab
menjaga  hak-hak  dan  keistimewaan  orang Melayu  dan  bumiputera Malaysia. Artikel ini secara terperinci
memberitahu  bagaimana  kerajaan  persekutuan mempertahankan  kepentingan  kumpulan-kumpulan  ini
dengan mendirikan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam,  biasiswa dan  pendidikan awam.  Ia biasa
dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial.

Monday, August 30, 2010

Sekali Lagi Merdeka : sebuah sajak kemerdekaan

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
(inilah muka pemilik blog yang sebenar.. hehee..)

Sekali Lagi Merdeka

Mewangi dan mekar,
Harum wangian raya,
Kau aku banggakan,
Kaulah satu bagiku, 
engkaulah Malaysia.


Monday, March 22, 2010

Sebagai Pelajar, Sebagai Pekerja

Assalamualaikum pembuka blogger. Hari ni hari yg pening. Smalam gua balik2 je rumah sewa gua, gua pnye kepala berpinar. Pusing2 mcm buat helikopter. Siap gua muntah lagi. Hari ni pun lbeh kurang gak. Adush.. gua da risau neh.. gua rase gua banyak sangat bace komik kat onemanga.com la.

1. Korang jgn pandang rendah anime ni.. best woo.. korang try tgk cite Vagavbond, Naruto, Bleach, Samurai Deeper Kyo, and banyak lagi la. Try dulu. Dont judge me by my cover page.

2. TETAPI! itu bukan ape yg wa nk share kat sni. Wa nk cite sket pasal perbezaan idealisme wa sendiri time wa jadi student ngn time wa keje.

3. time aku pi blaja dulu, punye lah aku hangen kat universiti tu sebab tak bagi student parking. time tu nk parking hamik hang ade la beberapa marhalah. elok2 ensem2 wangi2 nk kuar pekan (aku blajar kat corok.. pekan tu la yg paling best..) last2 sampai kat kete da peluh2.

4. nasib baik aku ni kurus. kalo gedempol mcm afdlin shaklee? cane? haa. so aku tade lah peluh2 sangat. tapi aku sian la kat kawan2 aku yg tak berapa bertuah mcm aku ni.

5. nk dijadikan cerita. beberapa minggu lepas aku terasa hangen tu, aku dilantik sebagai seorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar, siap diorang sepakat jadikan aku Exco Hal Ehwal Pelajar oleh kerana aku ni senang dibuat berbincang oleh semua manusia kecuali ahmad id'ram. ahmad idram ni director movie. aku tak berapa setuju la dengan kebanyakan cerita yg die buat. suke ati aku la nk cakap ape. ni aku pnye blog. hahaha. walk away looser.

6. hah sambung balik, so lepas aku diberi tanggungjawab tu, aku pun fight la untuk mendapatkan parking. aku tlg je.. yg pi melawan ketua aku mase tu.. kitorang panggil die Black. aku pun tak tau mane datang name black ni. walaupun mmg die agak gelap, tapi aku tak rase org panggil die black sebab die itam manis, jarang plak ade org kulit cerah kite panggil white atau cream. wallahualam.

7. akan tetapi. baru je ketua aku tu tunjuki gambar kete-kete tengah parking, aku pnye director sound die. "that is the rule of this university.. if they can't follow it.. we will show them the exit.." abes menggeletaq bos aku.. berpeluh peluh kepala botak die walaupun dalam aircond.

8. ktorang ahli-ahli majlis pun semua hangen jgak la ngn provos ktorang tu.. takde pertimbangan langsung.. terus je shut down window of opportunity kitorang. penat je bdak yg pi amik gambar kete parking tu.. tapi nk buat camne.. karang die tunjuk pintu keluar marah plak mak aku ngn aku..

9. skarang ni.. bile aku jadi seorang pekerja.. eh.. lupe nk btau korang.. aku skang kerja kat sebuah institusi pengajian tinggi awam.. so aku slalu la berhadapan ngn masalah student ni.. tapi skarang sebagai pekerja la... so aku nk share la view aku.. faham an? an?

10. bile aku dah kerja plak.. aku menyiraaaap je tgk pak2 arab.. minah2 aminah ni parking suke2 hati die je.. kene pulak time aku lambat masuk opis akibat terlupa mengunci jam.. memang aku sokong la ape yg pprovos aku time aku blaja dlu cakap.. ikut la peraturan.. ado la sobab eh..

11. so kepada yg masih student.. park at your own risk.. kalo ade kete student parking tak tentu pasal pasni mmg aku pedajal puas2.. hahhaha..

12. nasihat aku kepada kawan2 yang masih belajar tu.. ikut la ape yg org tua2 cakap.. tp jangan main ikut je.. nak selamat ikut ape yg tertulis kat buku-buku polisi or buku2 law tempat korang blajar tu.. tak gune la melawan undang2.. org yg buat undang2 tu pun aku rase ade beribu kali gak pikir sebelum nk tulis tu..

13. yg penting nenek aku nasihat.. kalo nk senang esok.. jgn susahkan org harini.. setel keje aku..

14. k lah.. aku blogging ni sebab aku nk rehat jap.. aku pening kpala la geng.. doakan aku yg baik2 ye.. semoga ketemu lagi.. INGAT! jangan salah parking.. babai..

Tuesday, March 9, 2010

Rukun Agama dan Rukun Negara

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Malaysia oh tanah airku
Tanah tempat tumpah darahku
Negeri elok amat kucinta
Yang kupuja sepanjang masa

Sawahmu terbentang meluas
Tumbuh-tumbuhan hijau merendang
Bukitmu lurusnya terbentang
Tak jemu mataku memandang

Sungguh indah di Malaysia
Negeri yang kaya raya
Tempat pusat berniaga
Terkenal di seluruh dunia

Malaysia negeriku Malaysia
Pusaka tinggalan moyangku
Tetap sentosa hidup merdeka
Malaysia tanah airku

1. hah haaa... betapa semangat kepatriotikan aku hari selasa ni.. aku bukan ape.. baru balik dari kursus BTN.. penat woo.. tapi berbaloi la ngn ilmu aku dapat kat sane..

2. alamak.. da pkol 10 pagi.. aku takleh tangguh.. aku kne g sarapan jap.. nanti balik aku sambung.. aku kne tepati masa skang.. azam bulan march aku..

3. hah haaa.. aku sudah kembali.. aku bukan nk berpolitik.. tapi aku nk share ngn korang satu ilmu ni.. pasal negara tercinta kita la.. sejarah Malaysia ni.. kepunyaan org2 Melayu dan Bumiputra.. tapi org2 Melayu dan Bumiputra ni tak boleh merdeka kalau tak ada sokongan org2 Cina dan India.. so org2 Cina dan India pun banyak main peranan utk kita mencapai kemerdekaan.. Stakat ni korang faham tak? tak faham bagitau sama aku..

4. ok.. so utk mengekalkan kemerdekaan ni.. semua rakyat Malaysia kene bersatu padu.. tak kira ape bangsa dan agama... kalau tak masa tu British kata nk tarik balik kalau ade perang dalam masa 10 taun.. so.. kita pun sepakat.. Melayu, Cina, India pun buat satu kontrak sosial... dalam kontrak ni ade la disebut hak2 dan kepentingan setiap kaum..

5. nk dijadikan cerita, memang adalah adat yg diterima sebagai fakta, tuan rumah akan mendapat kelebihan, maka org Melayu dan Bumiputra mendapat lebih la dari kontrak sosial ni..

6. atas pertimbangan ketua2 tiga kaum terbesar ni maka setujulah kiranya mereka atas apa yg dibincangkan pada masa itu.. dengan maksud yg lain.. semua keputusan termasuklah hak2 dan keistimewaan org2 Melayu diterima dan dituliskan ke dalam perlembagaan Malaysia...

7. yg menjadi perbalahan dari semasa ke semasa sekarang ialah keperluan setiap kaum yg semakin meningkat.. yg aku rase.. dari sudut pandangan aku sendiri adalah sifat tamak yg meninggi.. tak kira la Melayu ke Cina ke India... sama je kite ni.. adeeee je yg nk lebih.. syukur la apa yg ada..

8. mmg la kite kene usaha untuk mendapatkan sesuatu yg lebih baik dari semalam.. tapi kalau boleh menimbulkan perbalahan bukan ke tak bagus tu..

9. nasihat aku.. ghonti ghonti an la perbalahan ni.. junjunglah Raja dan Negara.. jagalah kedaulatan undang-undang.. belilah satu buku perlembagaan Malaysia tu.. tak mahal.. spuluh ringgit je.. nnti dah beli baru la kita ada asas utk menuntut hak kita.. jgn main mintak je.. pastu mintak dengan cara perarakan tepi jalan.. dah macam minta sedekah ramai2 aku tgk.. ade laluannye.. ditolak pun ade sebabnye.. nk tau sebab ape? fahamkan lah perlembagaan Malaysia.. telitilah keluhurannya..

10. tak baik bermusuh.. jgn ikut sangat fahaman barat.. bergaduh dan berdiskriminasi kerana perbezaan warna kulit.. kita semua berbeza secara individu.. sbagai org Melayu.. ade je aku hangen tgk org Melayu lain.. ade je org bukan Melayu yg lagi baik dari org Melayu.. tak payah la berkire sgt.. dunia ni sekejap je..

11. sekian. aku nk pi beli buku perlembagaan. babai.