Showing posts with label ATO Felo. Show all posts
Showing posts with label ATO Felo. Show all posts

Wednesday, October 10, 2012

Lalu Terfelo-felolah Beliau : After Sampuk

Assalamualaikum wrbt.

Sampuk adalah;

= menyampuk 1. melanggar sesuatu (ketika berjalan); 2. menangkis atau menepis (pukulan dll); 3. mengganggu kesihatan (oleh hantu), merasuk (oleh hantu): kenapa budak itu terjerit-jerit sahaja, disampuk hantu agak-nya; 4. mencelah (percakapan orang), me-motong cakap, mencampuri (hal orang lain): Azlan tidak sedikit pun menyampuk sehingga ayahnya habis bercakap; menyampukkan melanggarkan, meng­hantuk-kan; tersampuk 1. terlanggar atau terhantuk (ketika berjalan), tersandung; 2. jatuh sakit (kerana diganggu hantu), keteguran: anaknya ~ hantu petang tadi. (diambil dari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sampuk)

Sampuk yang paling disegani adalah yang nombor 3. Hal ni kerana bagi mereka yang mempercayai perkara-perkara ghaib, entiti yang menyampuk itu tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Berlainan dengan sampuk-sampuk yang lain. Sampuk 4 ubatnya senang kerana yang menyampuk itu boleh dilihat. Berikan teguran atau makian sahaja sudah memadai untuk menyelesaikan masalah tersebut. Azlan tidak lagi meyampuk percakapan ayahnya selepas ditampar beberapa kali. Eh.

After sampuk pula adalah keadaan mereka yang terlibat dalam gejala sampuk. Mari kita selidik After sampuk nombor 3. Simptomnya adalah seperti:

1. Keletihan.
2. Mengantuk.
3. Lapar dan dahaga.
4. Sukar untuk tidur.
5. Lebih mengingati Allah swt.

Adakah anda mempunyai simptom-simptom diatas? Mungkin anda baru lepas terlibat dengan gejala sampuk.

Sekian.
Salam alaykum.



Friday, September 21, 2012

Lalu Terfelo-felo Lah Beliau : Pilihanraya Kampus, Tikus dan Ahmad Dhani

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pilihanraya Kampus
Selamat berjaya kepada semua yang bakal bertanding. Semoga Allah s.w.t memberi ihsan menyatukan hati-hati kita yang sering bercanggah; berbalah. Semoga dipelihara lisan kita semua dari tersentuh sesiapa jua. Apa-apapun, bersederhana.

Tikus
Kepada bakal pemegang tampuk pemerintahan. Kami menghadapi masalah tikus. Mohon usulkan pelan pest control kepada kediaman yang bermasalah. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Eh.

Ahmad Dhani

Peristiwa-peristiwa yang bakal dan sedang berlaku seakan mengundang lagu-lagu Ahmad Dhani. Rasakan.

Pernahkan kamu merasa bahagia
Di saat kamu ada bersama kekasih hatimu
Jauh pun terasa dekat, sakit pun terasa nikmat
Hidup pun seperti bersama malaikat

Badai hanya serasa seperti hujan
Terik matahari seperti sejuk saja
Tak ada masalah

Takkan ada gulita bila isi hatimu
Penuh dengan rasa cinta, cinta kepada Allah
Takkan ada air mata jika isi hatimu
Penuh dengan rasa rindu, rindu kepada Allah

Pernahkah kamu merasa damai
Saat sang kekasih ada selalu di sisimu setiap waktu
Caci maki serasa seperti puji-pujian
Dan suara sumbang sepertinya merdu

Sekian,
salam alaykum.

Monday, September 10, 2012

Lalu Terfelo-felo Lah Beliau : Junior, Senior, Tua dan Persoalannya.

Assalamualaikum wrbt.

Hari ini bermulalah sesi kelas bagi adik-adik yang baru menjejakkan kaki ke universiti. Tangga yang baru akan mula didaki. Namun jangan takut atau gentar dengan apa yang menunggu di puncak. Mulakan dengan anak tangga yang pertama. Fuhh. Ok lah, tak selesa menulis macam brader-brader anak dua. So, selamat datang wa ucapkan kepada adik-adik semua. Wa harap lu semua reti hormat orang tua dan senior.

Senior ni adalah orang yang lama berada di sesuatu tempat, atau sesuatu bidang, atau sesuatu tajuk perkara.

"Jadi kita perlu hormat mereka kerana apa?" tanya adik-adik junior.

Entah, sebab mereka senior laa. Dalam dunia ni mana ada tempat yang junior tak hormat senior. Kan? Bukan ke begitu? Kita panggil common law. Aiceh. Pendapat peribadi wa, kita ni kalau di universiti tempat menimba ilmu haruslah menghormati senior kerana ilmu yang boleh kita perolehi daripadanya yang terlebih dahulu mendaki tangga-tangga yang ada di universiti. Ya, hormat kita kepada senior adalah kerana ilmunya, kerana manfaat yang boleh kita peroleh darinya.

"Kalau senior tu bila kita tanya, semua dia tak tahu?" tanya adik-adik junior lagi.

Hmm. Kes macam ni dipanggil rahmat. Kalau ada senior yang macam ni, adalah menjadi tanggungjawab junior untuk memberi tunjuk ajar dan panduan agar senior itu tidak terus hanyut dan ganyut. Haaa. Pahala dapat, ilmu pun berkat. Insyalah.

"Kalau tua macam mana pula?" tanya adik-adik junior yang suka bertanya.
"Kau ni masuk universiti guna kabel ke apa?" jawab wa yang sedikit hilang sabar dengan soalan sebegitu.

Tua tu orang yang lebih tua dari kita la, dalam erti kata lain lahir lebih awal dari kita walaupun beberapa saat. Tak kesahlah si tua tu sama-sama semester 1 macam anda pun kena juga beri penghormatan.

"Kena ke tunjuk rasa hormat? faham-faham sendiri tak boleh?" tanya junior tadi tanda melawan.

Amboi amboi amboi *kuit kuit jari telunjuk*

Kenalah tunjuk adik oiiii. Tak tunjuk mana orang nak tahu. Meh sini wa ajar lu macam mana nak tunjuk hormat. Ini dulu wa belajar dekat Kolej Sempana Riau. UiTM Segamat.

Mula-mula sekali, masuk tempat baru, tempat orang, pergi la bersalam-salam dengan jiran-jiran. Jangan duduk tersorok dalam bilik macam anak kera. Tak kenal, maka tak cinta. Jangan lu pergi bercinta sejenis pula tau. Ini cuma peribahasa.

Lepastu bila dah tahu nama baru la boleh tegur bila terserempak di jalanan. Tak gitu? Yang menjadi masalah bila tak ingat nama. Tapi tak apa, memadai dengan panggilan abang/kak, atau bro/sis, atau lebih indah berserta salam dan senyuman. Itu saja sudah cukup menerbitkan rasa hormat menghormati antara satu sama lain.

Akhir sekali tunjukkan rasa hormat dalam perbualan. Jangan meninggi suara, mengalah bila dimenganjingkan, menerima teguran tanpa muka taik dan tanpa "tapi, tapi," dan juga pandangan slag yang mengundang starlite atau paling kurang cacian dalam hati senior.

Dah. Senang kan?

Nasihat terakhir wa terhadap junior, sedarlah diri anda junior dan berbanggalah menjadi junior. Masuk universiti memang kena smart macam Peter Parker dalam cerita Spiderman atau macam Clark Kent dalam cerita Superman. Nak malu apa. Itu yang masyarakat dan negara kita mahukan. Pedulikan abang-abang dan akak-akak senior yang mencebik bibir bila kita pakai kad matrik, baju masuk dalam, dan rambut pendek kemas belah tepi. Teruskan dengan penampilan tersebut kerana itulah yang seharusnya kita banggakan dan menjadi tauladan dan bukan sebaliknya. They are the one who should be ashamed. Not you juniors. Never.

So, as my seniors have said to me, be yourself, be good to people around you, ease others burden, and nothing will come to you but all the good things. And as humans, admit all the mistakes that we have done, apologize, and try to make things better. With that, i wish you all the best.

Nak nasihat lagi sila pergi baca buku "Universities for Dummies".

Sekian,
salam alaykum.
selamat maju, dan selamat berjaya.

Monday, March 5, 2012

Then He Fellowed-fellowed Himself : Nightwalk

Assalamualaikum wrbt.

First of all, lets l.o.l  the post title. Its my translation from "Lalu Terfelo-felolah Beliau". I find it funny. So lets laugh together.

Two weeks ago, i received a text message in my wassap. It says "ada student kita sakit perut teruk, dia ondaway ke hospital, ada sesiapa free tak nak pergi tengok?". I looked at the time it was sent; 0050hrs. I was reading it at 0100hrs. Dem, my heart says. What should i do? Should i reply this or pretend i didnt read it? or should i just say "im not in?" . While i was still thinking about it my fingers moved without me knowing it and typed "rilek, biar aku g tengok".
Uneducated finger!

So at 0115hrs i walk down to the parking lot to get my car. Few students were still up, the weather is not as chilly as yesterday, i can see half the moon, so i guess it wasnt so bad after all. I'll pretend im having a nightwalk.  As i was getting to my car, i saw a Proton Saga with its engine on, but no driver. I questioned myself. Whos this idiot leaving a car like that at midnight? I walked pass it. Question answered. The driver were actually at the passengers seat on top of his passenger!. Thank god nobody else is watching or i would blush. Ehehe. No i wont. So after processing the scene in my head, i walk to the passengers window and give a knock. The guy pulled down the  window screen looking at me like nothing actually happened. I said "what in hell are you doing? you want me to smack your faces off?". Actually all i said was "Hello, u buat ape ni? get out of here now". Then the guy said "ohh, ok ok" while the girl was covering her face with her hair.  I waited in my car to escort them out of the college. Its a Saga, with starting D plate number. All i can remember.

Later i went straight to Hospital Kajang. I was looking for a parking space when i remembered my friends story about the hospital, and its parking lot. He heard a child's laugh on his way to the hospital lobby. So, I chose a different route. Parked near the hospital entrance, willing to pay any amount charged, if any. Fortunately nothing happened, and nothings charged. The only unfortunate news is those students werent there. I asked the nurse at the counter to check for the guys name but she couldnt find any. I called the person who wassap me and she said "I just checked, they changed their mind and went to Hospital Serdang instead and didnt tell anybody". So i went there after much thought. Its already half the effort, so ill just get this one done.

Arrived at Hospital Serdang at 0200hrs. I went to the register counter, ask for their whereabouts, found one of his friend. "He's in the toilet, we think its serious b'cos hes just had his appendix operation last week. But the doctor said it was only Diarrhoea". And i was like "ohh, nasib baik tak serius". So i shake this friends hand and went back home, arrived at 0245hrs.

Idiots.

Salam alaykum.


Friday, December 16, 2011

Lalu Terfelo-felolah Beliau : GANGGUAN

Assalamualaikum wrbt.

Hari ni abg mouse agak zomba pagi-pagi.
Malam tadi abg mouse kena gangguan.

Masa kena ganggu tu abg mouse tengah tidur nyenyak di atas katil yang tilamnya sudah mula melengkung di tengah. Nak kata abg mouse ni gemok sampai menekan tilam sebegitu rupa memanglah fitnah paling besar. Sebab abg mouse ni tak pernah pun berat lebih dari 50 kilogram. Mungkin setelah sekian lama ditiduri, maka tilam pun berperangai sedemikian. Oh marilah kita bersama-sama melupakan keadaan tilam yang daif itu dan meneruskan perbincangan kita tadi.

Semalam masa tengah tidur beralas bantal RM9.90 yang beli dekat plaza PKNS sampul merah tu, abg mouse terdengar satu dentuman, diikuti dengan dendangan lagu POP YEH YEH oleh ruffedge kalau tak silap. Siap ada suara tu hafal lirik rap lagu tersebut.

"Wow"
kata abg mouse seakan-akan berbisik dengan bantal.

"Handal tu hafal rap lagu pop yeh yeh."
sekali lagi abg mouse berbisik dengan bantal macam seorang suami yang tinggal seorang kerana isterinya pergi melancong dengan rakan sepejabat ke Singapura.

Masa tu abg mouse dah kira terbangun-lah. Abg mouse memang dah agak susah nak tido balik punya. Maka abg mouse pun tunggu masa dan bunyi yang sesuai untuk abg mouse baca yasin untuk menghalau gangguan tersebut. Abg mouse pun hampirkan diri ke tingkap.

Habis lagu pop yeh yeh tu, gangguan tu hilang sekejap. Abg mouse sempat tengok jam. Pukul 3.15 pagi.

"Selamat"
kata abg mouse kepada cermin tingkap pula. Umpama lega apabila habis sahaja mengumpat rakan sekerja, rakan sekerja yang diumpat itu lalu menyanyi-nyanyi tanpa menyedari dia diumpat.

Abg mouse pergi ke peti ais untuk melihat sama ada air teh o yang dibuat minggu lepas masih boleh diminum. Ternyata tidak. Maka terpaksa abg mouse menelan air coke yang beli masa sambut besday felo ain malam tadi.

Sedang elok abg mouse teguk, nah, duet lagu ape entah abg mouse tak pernah dengar. Sedap suara mereka berdua. Rasa tak sampai hati nak tegur. Tapi apakan daya, atas dasar tanggungjawab seorang felo menjaga keamanan dan menegakkan kebenaran makanya abg mouse pun keluar.

Dari depan pintu rumah, abg mouse membongkok sikit badan memandang ke bawah lalu memanggil,

"Halo brader"

Tiada jawapan.

"Halo brader, assalamualaikum!"
abg mouse kuatkan sikit suara bagai seorang ayah memanggil anak yang bermain di taman permainan.

--lagu dimatikan, keadaan kembali sunyi.

"Halo, apasal korang senyap?"
tanya abg mouse.

"Halo bro!"
kedengaran satu suara bergema dari tingkat bawah.

"Hah, nak tanya sikit, sekarang pukul tiga pagi ke, pukul tiga petang?"
tanya abg mouse

"sory bro"
jawab suara itu seakan mengerti -lalu kedengaran bunyi pintu ditutup dan dikunci.

Nasib baik dia tidak membalas pertanyaan abg mouse dengan pantun gaharu cendana, dah tahu bertanya. Susah jugak abg mouse nak balas.

Maka dengan berakhirnya gangguan tersebut, abg mouse pun kembali ke katil selepas solat sunat tahajud (aicheh).

Elok je abg mouse setting-setting kepala dekat bantal, abg mouse dengar bunyi muzik yang baru dibuka dan baru dicuba-cuba untuk dikuatkan bunyinya.

"hoi, sekarang tiga pagi ke tiga petang?"
kata satu suara kepada orang yang memasang lagu tersebut agaknya, sayup-sayup dibasahi embun.

"lantak lu orang la nak ulang-ulang ayat gua berapa kali pun, janji lu paham"
kata abg mouse, membenamkan separuh muka ke dalam bantal.

Sekian,
salam alaykum.


Friday, October 14, 2011

Lalu Terfelo-Felolah Beliau : Komplen

Assalamualaikum wrbt.

Ada sekali tu, student tempat gua komplen pasal bilik die banyak semut.

Semut banyak. Semut banyak. Semut banyak.

Berulang kali gua cuba memproses aduan tersebut.

"Dik.. semut ni.. memang banyak dik.. adik cuba main game ant smasher.. mana pernah habis. Tapi tak mengapa lah.. nanti abang cuba cari bomoh semut untuk pagar bilik adik tu.. tapi bukan dalam bulan ni la. Bulan ni ramai bomoh sebok bomohkan pemain-pemain bolasepak tempatan. Mungkin bulan depan."

Nak je gua jawab camni. Tapi gua kan kool. Gua senyap, pandang rakan-rakan sebelah, bukak topik lain.

Balik ni sebelum pergi solat jumaat gua nak main game ant smasher sebagai tanda penghargaan kepada komplen tersebut.

Sekian, salam alaykum.

*jarang orang komplen dekat khalayak pasal semut ni. selalu bising pasal semut-semut kaki je. budak zaman sekarang... advance..*

Thursday, September 29, 2011

Lalu Terfelo-felolah Beliau : A Death In The Family

Assalamualaikum wrbt.

"Pergh, hensem la abg felo"

"Mesti la kena hensem, ape macam bola tadi? menang?"

"Johan, menang penalti"

"Cantek."

I always wondered why we have that conversation, we never spoke before. It was only that time, that afternoon. He smiled a big smile before he walked away. Proud. I wish it never happened.

Al-Fatihah, Mohamad Hafizzie Ruzaini.

Sekian.
Salam alaykum.

Friday, July 22, 2011

Lalu Terfelo-felolah Beliau : Cerita Seram Panas, Part II

Assalamualaikum wrbt.



Ada satu hari yang aku tak ingat hari apa.

Masuk-masuk rumah je pintu peti ais dah terbuka, aku dah mulainya seram.
Aku cuba meneliti lebih dekat keadaan peti ais tersebut.
Aku lihat bekas teh o ais aku masih dalam keadaan selamat.
Air teh o ais juga masih ada.
Alhamdulillah.
Akan tetapi, tin susu lemak manis berkrim aku telah dikorek.
Aku mulainya hilang kesabaran, tetapi sempat ber-istighfar.
Walaupun begitu, aku termaki juga si monyet yang perangai macam beruk itu.


Ada satu hari yang aku tak ingat hari apa.

Bila aku masuk rumah, tin susu lamak manis berkrim disukai ramai aku telah tersembam ke lantai.
Harapan aku membancuh teh susu hancur berkecai.
Begitu juga dengan harapan berbaik dengan golongan monyet.

Ada satu hari yang aku tak ingat hari apa.
Aku mula membeli patung-patung monyet untuk dipukul apabila menghadapi tekanan.


Sekian,
salam alaykum.


Tuesday, June 7, 2011

Lalu Terfelo-felolah Beliau : Cerita Seram Panas

Assalamualaikum wrbt.

woooooooooo~

Semalam gua balik lewat sebab teman member gua pergi UM antar barang.

Semalam gua sampai rumah pukul 10.30 malam.

Semalam gua lepak depan tv baca buku pukul 11.30 malam.

Semalam langsir rumah gua kene selak.

Semalam ade muke hodoh terjegil kat tingkap pecah rumah gua.

Semalam gua jerit Allah! kuat-kuat.

Semalam gua baling buku gua dekat tingkap kaca rumah gua yang kurang satu tu.

Semalam gua gelak sorang-sorang.

Semalam gua kena kacau dengan monyet.

Semalam gua mula benci monyet.

Semalam gua seram dan gua panas.


Sekian
Salam alaykum.


Saturday, August 14, 2010

Lalu Terfelo-felo Lah Beliau bersama Ustadz Haji Mouse Al-Abqori : pembunuhan seluruh ummat

Please don't kill me.


Assalamualaikum wrbt.


Terbangunnya aku hari ni pagi-pagi untuk melakukan tugas Felo aku yang pertama; dalam konteks menghadirkan diri bersama pelajar tahun satu; membawa mereka ke sebuah dewan gilang gemilang, menimba ilmu dalam sebuah majlis ilmu.


Wednesday, July 21, 2010

Lalu Terfelo-felo Lah Beliau : supplementary edition

(aku pon tatau apesal aku amik gambar ni.. soba e lah jang...)


Assalamualaikum wrbt.

1. Hye rakan-rakan sekalian.. hari ni secara rasminya aku telah dilantik menjadi felo sepertimana warkah aku sebelum ni la.

2. Aku pun confirm kne duk kolej.. "dah nama pun felo.. kene la duk dalam.." eh eh pakcik ni.. mentang2 muka aku cam budak2 encik boleh berkata begitu pula kepada saya.... saya merajuk nanti baru encik tahu..

3. Encik tu siap bagi aku tips yg bagi aku berupa amaran la.. "dah jadi felo ni kene la ikut arahan mcm job details yg kita bagi tu.. kalau tak tak lama la awak duk sini.." kata encik itu kepada aku.. "jangan kita dah bagi elaun.. duduk percuma awak tak buat tugas awak pulak.. tapi awak pun dah biasa kan.. saya rasa takde masalah.. kena berbaik dengan pengetua dan timbalannya la.." sambung encik itu lagi yang membuat first impression aku "mesti aku ade problem ngn encik ni later on.. uusssshhh.. sejuknye kipaaaassss..."

4. So pasal permasalahana aku sebelum ni.. aku dah decide rumah sewa aku still aku sewa lagi bermakna takde org baru masuk.. and aku still akan duk kolej..

5. Nampak cam tamak tapi ni jalan selamat aku la.. buatnye aku tak perform mcm yg diharapkan abes la aku.. sebab ahad ni pun beliau2 kolej dah suro aku dtg meeting.. and aku mcm ade firasat aku takleh dtg.. huahahaha.. sebab tu aku tak buang umah sewa aku.. mane la tau kang aku kene kick plak.. mane aku nk merempat.. btol? betool encik felo...

6. Jadinya aku rase segala permasalahan selesai cuma aku mcm tak sedap hati je.. rase lain macam pulak di palung hati aku ni.. macam ade sesuatu yg tak kena..

7. Tapi sekali lagi.. aku tau.. bak kata siapa tah yg aku lupe name die.. sory la jgn saman aku plak pasni.. "dont worry.. this is not a bad feeling.. and you are not scared.. this is "new feeling".. kata mamat ni kepada anaknya yg baru nak masuk sekolah.. jadi aku rasa ni la perasaan baru bagi aku yg memang faktanya baru pertama kali mengalami kefelo-an..

8. Maka dengan itu.. TERFELO-FELO-LAH AKU...

Sekian, salam alaykum.

Thursday, July 15, 2010

Lalu Terfelo-felo Lah Beliau.

POTRET FASA 2, EPISOD 1
(Aku terdelete plak gambar sebelum ni, nah gambar baru)

Assalamualaikum wrbt.

1. Arakian maka termaktublah dalam sejarah kehidupan aku satu lagi perkara yang bersejarah. HAHAHA.