Showing posts with label ATO Bosan. Show all posts
Showing posts with label ATO Bosan. Show all posts

Tuesday, April 21, 2015

Sesumpah dan Pokok Rahasia

Assalamualaykum wrbt,

Pada zaman dahulu kala, ketika zaman pemerintahan Sultan Sheikh Tajit di ceruk Andalusi, hidup sepasang sesumpah di sebatang pokok yang merimbun lebat daunnya dan buahnya serta mashor namanya dipanggil Pokok Rahasia.

Adapun kehidupan sesumpah berdua ini paginya memburu serangga sehingga ke tengah hari. Selepas makan tengah hari mereka tidur sehingga waktu hilangnya cahaya terakhir mentari. Bila gelap duduklah mereka berdua di atas pepohon Pokok Rahasia, mendendang lagu dan berpuisi menyatakan cinta masing-masing di bawah sinar-sinar bulan dan kilauan bintang-bintang.

"inilah adinda saya abdi yang hina,
indah bulan pun tidak dapat menandingi matanya."
mula sang suami.

"suamiku kau tidak hina,
engkaulah Sultan di hati aku."
pujuk sang isteri.

Begitulah kehidupan mereka sejak 13 tahun yang dahulu, menutur indah bahasa sesumpah. Sehingga pada suatu malam, sedang mereka bertukar-tukar puisi saling puji memuji, lalulah Sultan Sheikh Tajit, sang pemerintah ceruk Andalus.

"bunyian apakah yang beta dengar ini sang penyair negeri?" tanya Sultan

"Itu bunyi sang sesumpah sedang bercinta Tuanku." jawab sang menteri.

"Apakah yang diperkatakan oleh mereka sang penyair negeri?" tanya Sultan lagi.

"apa tuanku sudah gila meroyan? manalah patik faham bahasa sesumpah!" marah sang menteri.

Mendengar perbualan Sultan dan Menterinya, pasangan sesumpah tergelak terbahak-bahak lalu terjatuh dari Pokok Rahasia, lalu mati.

Sekian, assalam.


Sunday, March 2, 2014

Aku Titanium.

Assalamualaikum wrbt.

Lagu Inggeris ni kalau diterjemah tak adalah sedap sangat bunyinya.

I'm bulletproof, nothing to lose
Fire away, fire away
Ricochet, you take your aim
Fire away, fire away
You shoot me down, but I won't fall
I am titanium
You shoot me down, but I won't fall
I am titanium

Aku kalis peluru, tiada apa nak hilang
Tembaklah, tembaklah
Pemantul (google translate), kau ambil kau punya sasaran
Tembaklah, tembaklah
Kau tembak aku bawah, tapi aku takkan jatuh
Aku titanium
Kau tembak aku bawah, tapi aku takkan jatuh
Aku titanium

Sekian, 
Salam alaykum

*HARINI kerja sampai pukul lima. Bestnye!


Tuesday, February 25, 2014

Definisi.

Assalamualaikum wrbt.

Masuk hari ni dah hampir 56 hari aku tak jumpa hujan. Itu pun aku nak kecoh. Kan?

Dulu masa sekolah, kalau tak silap. Televisyen kata hujan ni terjadi akibat puting beliung yang menghisap coklat dari sebuah kilang di Kelang lalu dibawa lari ke sebuah ladang gandum yang dirahsiakan lokasinya lalu mencurah-curah ke ladang tersebut dan jadilah dia hujan.

krik krik. krik krik.

Semua teori hujan yang aku belajar selama ni tak boleh pakai.
Sebenarnya, Allah yang menurunkan hujan. Aku suggest korang buat solat hajat lepas solat fardu. Sebab aku rasa nak buat. Nanti jangan jeles lak kalau hujan turun kat aku je. Haa.

Sekian,
salam alaykum.


Tuesday, February 11, 2014

Kesedaran.

Assalamualaikum wrbt.

Lama sudah tidak ketemu.
Asyek bulan di balek awan.
Hinggap, berdiri memaku pandangan.
Hingga sedar hari dah siang.

Sini dunianya lain.
Bukan macam di bendang.
Sini dunia helang, dunia gagak.
Dunia merak dari kayangan.

Jauh kalau nak dihitung.
Hari yang memecut.
Tinggalkan semalam.

Tidak sedar dah senja.
Tiba-tiba datang gelap.
Tiba-tiba nampak bulan.

Semalam, setahun semalam.
Sedar tak engkau.
Bulan.
Februari hanya 28.

Sekian.

Tuesday, November 12, 2013

Update Lagi

Assalamualaikum wrbt.

Semenjak dua menjak ni aku tengok ramai pula remaja suka gunting "slope".
Itu dulu zaman aku form 2 aku dah buat la.

Pui.

Tadi aku pergi gunting rambut kat salun Mico seksyen 9.
"Gunting kasi nipis sikit je" kata aku.
Kena 15 ringgit.

Pui2.

Sekian,
Salam alaykum.

Sunday, September 22, 2013

Puteri Iman Zulaikha

Assalamualaikum wrbt.

Bersama ini aku kisahkan satu tanda tanya.
Satu perkataan yang tidak pernah aku sebut dan impikan.
Nasib apakah bakal kamu tempuh.
Jalan apakah bakal kamu lalui.
Apa mungkin nama ini tertulis di Luh Mahfuz
Apa mungkin tidak?

Hanya satu tanda tanya, kini aku selesa melelap mata.
Meminta hak seorang hamba. Hak dijanji Sang Pencipta.

Sekian, salam alaykum.

Thursday, June 6, 2013

Tiba-tiba Pada Suatu Hari

Assalamualaikum wrbt.

Tiba-tiba pada suatu hari, kami terdengar sebuah lagu dari mp3 Kasim.

Ku jatuh cinta kepadamu
Saat pertama bertemu
Salahkah … aku terlalu mencintai…
Dirimu … yang tak mungkin

Mencintai aku …
Oh… Tuhan tolong …

Aku langsung jatuh cinta
Kepadamu …
Cinta pada pandangan pertama …
Cinta yang bisa merubah jalan
Hidupku jadi lebih … berarti

Oh … mungkin, hanya … keajaiban Tuhan
Yang bisa… jadikan…Hambanya yang cantik
Menjadi… milikku …

Aku bukanlah … laki-laki …
Yang mudah jatuh hatinya

Kasim memang suka dengar lagu dari kumpulan Dewa.

Sekian,
salam alaykum.

Saturday, June 1, 2013

Hello, Again

Assalamualaikum wrbt.

I have so many things i wanted to say.
But i just couldn't get the right person to tell them to.
MAYBE i am afraid to be laughed at.
to be criticized for what i told em.

or maybe im just too sick seing how people will say what i already knew,
then act like they are the most knowledgeable person around.

few advises and wallah! problems solved, story ended.

its not like that with people.
we say cool stuff and let them figure it out.
then we let them be, alone cruising that river of tension, of pressure and dead fish.

ok. merepek.

shit these days ive done too much thinking.
its eaten up my age.

i think.

well they say thinking gets you older.
it keeps getting into my head.
not that im young anymore but somehow i am afraid to be old.
to lose things.
to forget.

food tastes the same everyday.
bowels couldn't handle spicy food anymore.

older sucks.
Friday nights will not be the same.
Saturday nights might change too.
Sundays.. full of weddings.

i am not unhappy.
im fine the way i am.
i just needed to say things.
talk to someone who wouldnt laugh.
just because im a funny man.

nyanyi sikit, in memory of haifendi.

I don't care if Monday's blue
Tuesday's gray and Wednesday too
Thursday I don't care about you
It's Friday, I'm in love

Monday you can fall apart
Tuesday, Wednesday break my heart
Oh, Thursday doesn't even start
It's Friday I'm in love

Saturday, wait
And Sunday always comes too late
But Friday, never hesitate...

I don't care if Mondays black
Tuesday, Wednesday - heart attack
Thursday, never looking back
It's Friday, I'm in love

Monday, you can hold your head
Tuesday, Wednesday stay in bed
Or Thursday - watch the walls instead
It's Friday, I'm in love

Saturday, wait
And Sunday always comes too late
But Friday, never hesitate...

Dressed up to the eyes
It's a wonderful surprise
To see your shoes and your spirits rise
Throwing out your frown
And just smiling at the sound
And as sleek as a sheik
Spinning round and round
Always take a big bite
It's such a gorgeous sight
To see you eat in the middle of the night
You can never get enough
Enough of this stuff
It's Friday, I'm in love

I don't care if Monday's blue
Tuesday's gray and Wednesday too
Thursday I don't care about you
It's Friday, I'm in love

Monday you can fall apart
Tuesday, Wednesday break my heart
Thursday doesn't even start
It's Friday I'm in love

-the cure

salam
alaykum.