Tuesday, July 24, 2012

Klise Ramadhan Kareem Bak Kata Orang

Assalamualaikum wrbt.

Ramadhan datang lagi seperti yang kita jangkakan. Alhamdulillah. Sempat lagi kita menadah tangan memohon keampunan kepada Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani, Allah s.w.t. Semoga Ramadhan 1433 H ini menambah keteguhan iman atau setidaknya menjadi titik permulaan bagi yang baru nak meneguhkan iman. Orang kata "tidak pernah terlalu lewat untuk berubah". Lebih kurang juga macam orang kata better late than never. Itu biasa kita jawab pada pengawas bila kita lewat masuk perhimpunan sekolah atau pada guru kelas fizik yang entah mengapa kelasnya sengaja dijadualkan selepas kelas pendidikan jasmani. Ok. Nampak sangat sikap serius wa tak berapa mudah nak diterapkan. Sekejap je wa dah merepek balik. Tapi bak kata orang juga, Rom tidak dibina dalam masa sebulan, inikan pula beberapa hari. Pun, bak kata orang, tiada yang mustahil.

Kita, perlu berubah menjadi lebih baik. Kita, perlu menambah amal dan ibadah. Kita, perlukan semua itu agar dapat kita bersama-sama kelak berjalan di tempat yang mengalir sungai di bawahnya. Insyalah.

Bagi mengelakkan klise ramadhan kareem pada tahun hijrah kali ini, dan menambah amal, wa akan cuba mengkhatamkan Quran 2 kali sebelum Syawal, yang mana pada tahun lepas sekali sahaja. Itupun dah hampir-hampir penyimpan mohor raja-raja nak isytihar "esok raya".

Pada kesempatan yang ada ni, marilah bersama-sama kita menyimpan andai tak dapat semua, sedikit sebanyak dari intipati Al-Quran di dalam hati.. Jangan kita sibukkan sangat perut yang kosong sedang kita lupa hati kita juga merintih kelaparan. Aiceh wa dah lebih pula kan. Ustaz Azhar Idrus pun rilek-rilek je.

Ok lah. Kamu semua bagaimana pula? Tiba-tiba wa keluarkan soalan untuk menandakan yang karangan ini sudah pun habis. Anda semua bolehlah membuka laman lain yang lebih berfaedah. Terima kasih kerana sudi membaca.

Sekian,
salam alaykum.



4 comments:

Ahcunnya ahchoom ahchoom said...

Alamak. Gedabaknya header hahaha.. Width untuk entry pun ke kanan sangat. Tau la ke arah parti berhaluan kanan, tapi agak pening saya sebagai viewer tegar anda untuk mengalihkan bontot condong ke kanan untuk membaca. Sekian salam alaykum.

Anonymous said...

Sabar2. Tengah adjust ni. Hari ni siap. Terima kasih atas feedback.

Ahcunnya ahchoom ahchoom said...

Yang reaction tu patutnya tambah 1 lagi, "bole bla" kehkeh

Anonymous said...

btol gak an. orait nanti akan dipikiaqkan.