Friday, January 21, 2011

Semayang Jumaat : sedekah 5 minit

Assalamualaikum wrbt.

Lepas tengok gambar ni, terus pergi kat tajuk SEMAYANG JUMAAT (bold) kalau taknak menyesal.

 Berjumpa lagi pada hari Jumaat yang berkah ini.
Sebelum korang menjengah lebih lama aku nak ucapkan sory selori sebab lama tak update post.
Minggu ni dan minggu lepas adalah minggu yang agak mendepressingkan otak lembut aku.
Aku tanak cite sebab aku malas. Aku rasa penyakit malas aku dah datang balik. Aku rasa minggu depan aku nak pegi urut kat Sg Ramal. Aku nak luruskan balik urat rajin aku.

Pagi tadi aku sebok antar statistik dekat Kak Bed from the Otaians Club. Al maklumlah awal-awal tahun ni belambak keje-keje audit kene buat. Audit shirim, audit batin, audit zahir, audit tukang audit, audit auditor tukang audit dan berbagai audit lagi. Yang pelik, semua auditor tak pakai pun kete audi. wahh.. lawaknye aku.

Lepas tu aku sebok pulak setelkan paperwork untuk Resource Center aku. Semak otak aku. Aku kene buat 3 paperwork untuk satu projek. Tak penah aku alami kesulitan ni. Lepas tu aku pergi makan. Walaupun dah dekat pkol 10.30 tapi aku tak kira, aku lapar, dan perut manjaku sayang ni perlukan lemak. Demi perut, aku melangkah ke Alur, makan dekat FST, Si Panjang Kabaret tunggu aku kat sana.

Masa aku lalu sana aku terperasan si gadis manis. Tapi aku buat-buat macam tak nampak. Cool sambil menyesal tak tengok lama-lama. Lagipun aku tak pakai spek masa tu, bukan nampak pun. Tapi, aku tau mesti dia pandang aku punya, aku kan kacak bergaya. wahh...~

Lepas makan dengan Si Panjang Kabaret, aku pun balik la apa lagi. Seronok-seronok berjalan sambil baling batu kat ikan dalam parit besar. Lalulah dekat tempat aku jumpa si gadis manis tadi. Nah.. ada lagi dia.. siap suro kawan dia tengok kitorang. Mungkin pelik dengan perbezaan tinggi antara aku dengan Si Panjang Kabaret. Aku pun apa lagi, lambai la tangan dekat minah tu. Maka tersenyumlah mereka melihat gelagat aku yang sering disangka budak sekolah menengah ni. Aku pun tiba-tiba segan dan tidak lagi menoleh ke belakang walau sesaat pun. Tapi aku dapat bayangkan mesti dalam hati dia tengah nyanyi lagu korea punya. Sarang haek, sarang haeh. wahh.. koreanya aku.

Eh.. korang perasan tak tajuk kita kali ni semayang Jumaat? Saja aku letak tajuk tu sebab aku nak buat outro yang dramatik kali ni. Skarang ni dah pkol 12.15, maka aku terpaksa balik manamatkan post aku kali ini untuk persiapan solat Jumaat. Kahkahkah.. Itu la.. kan da suro skip.. degil..

Tapi aku cam tak sampai ati pulak nak tinggalkan korang dengan perasaan marah. BAWAH ni aku selitkan cerita sebenar tentang Semayang Jumaat. Bacalah.


Semayang Jumaat

Deulue (dulu) masa kecik-kecik aku slalu ikut atuk aku pegi smayang jumaat.
Atuk aku dulu tuk siak, pastu jadi bilal, pastu skarang dah naik pangkat jadi imam otai kat kampung aku.
Masa tu aku umur bawah 5 tahun. Aku boring takde kawan masa tu. Maka aku pun ikut la atuk aku pergi masjid. Boleh naik motor dan akan dapat jajan bila balik dari semayang. Kehkehkeh.
Ada satu hari tu. Masa orang tengah sebok-sebok bentang sejadah sebelum smayang jumaat. Aku pun dengan tak sengaja masuk ke bilik microphone. Aku capai mic dan berucap:

"assalamualaikum semua.."
kata aku

Arakian berlari-larilah tok imam, bilal, dan tok siak merangkap atuk aku pada masa tu menuju ke arah aku. Aku pulak apa lagi cepat-cepat letak balik mic ke tempat asal dan takut. Ya.. aku sangat takut. Tapi masa balik aku sempat berbangga dengan mak dan nenek aku. Aku kata aku bang (azan). hakhakhak.

Sekarang ni, oleh kerana kejadian masa kecil, aku agak trauma dan phobia bila tiba hari jumaat dan bila pergi semayang jumaat. Aku selalu rasa nak pergi capai mic dan berkhutbah. Mungkin inilah dinamakan bakat imam muda. wahh.. imam sungguh.

Sekian sahaja tipu-tipuan aku pada hari jumaat ini. Aku harap korang memaafkan aku secepat mungkin.
Jangan tunggu raya. Anngap je sedekah 5 minit.
*kena sungguh pada tajuk


Sekian.
Salam alaykum.



1 comment:

yun said...

gilek mic.... tabik spring ;p imam muda bukak audition ko silakan pergi. ok! aku undi byk2...SUH KELUAR. ;p