Tuesday, June 1, 2010

THE SIGNS (TANDA-TANDA)




(sorry... gambar ni takde kene mengene..)

Assalamualaikum... betemu juga akhirnya kita pada hari yang berbahagia ini... sory la patutnya aku update hari isnin.. tapi smalam satu building aku blackout lagi.. lupe bayar bil letrik agaknye..



Sebelum memulakan celoteh hari ni aku nk ucap takziah ke atas apa yang terjadi kepada kapal yang diserang zionis tu, diharap kita semua dapat bertenang atas apa jua keadaan, kerana yang berlaku itu tidak lain dengan keizinanNya jua. Marilah kita sama-sama berdoa agar semuanya selamat. Amin.

So hari ni aku nk cite pasal tanda-tanda korang dah menjejak ke alam ke-dewasa-an. Apesal aku cite pasal neh? sebab sebenarnye aku tak tau nk cite pasal ape. Tapi aku rase nk cite jugak, and sebab aku rase, aku dah tua.... isk isk.. sedih.. nah.. poie la baco..


ANTARA TANDA-TANDA KORANG DAH NAK JADI ORANG DEWASA! (TUA)



1. Korang start BANGUN pukul 6.00 pagi, bukan baru nak TIDUR.


2. Jiran-jiran ajak join acara tahlil dan kenduri doa selamat.



3. Kawan-kawan korang dah mula post gambar anak kat FACEBOOK.


4. Definisi hari bercuti korang dah tukar daripada "cuti semester" kepada "cuti ujung minggu".



5. Shirt yang ade tulis PUNK ROCKERS, I HEART JIGSAW PUZZLE, SAYA SAYANG MAK SAYA, bukan lagi dalam definisi berpakaian.



6. Pakcik makcik korang dah start buat lawak "ehem-ehem" ngn korang, e.g "bil air dah bayar belum? ...?" "malam ni tak boleh lepak, uncle beribadat sampai ke pagi, (khamis malam jumaat)" and yang paling tak boleh elak "stok tongkat ali dah banyak, air kacip fatimah sold out pulak.." pebende la...



7. Korang gelak/senyum lepas bace point no 6.



8. Korang makan makanan pagi, pada waktu makan pagi.


9. Korang rase nak telepon (telefon) polis bila budak sebelah rumah korang parking kete sesuka hati atau bermain gitar tak ikut irama tengah-tengah malam.



10. Rase seronok bila pukul 5 petang.



11. 90% masa korang depan komputer digunakan untuk tujuan kerja.



12. Konon-konon kesah bila harga gula naik.



13. Korang activatekan "parental control" bila adik korang nak online.


14. Perkataan "lepak" dah tukar kepada "meeting".



15. Bermain futsal pada hari bekerja adalah sama seperti membunuh diri.



16. Kawan-kawan korang dah tak sebut "break-up/clash" tapi dah main "cerai berai".


17. Orang-orang berumur sekeliling korang cuba nak kenenkan korang ngn anak dorang.



18. Korang dah tak cakap "sakit kepala" tapi "migrain"



19. Korang dah mula cari siaran sinar fm.



20. Korang ade perasaan takut menjelang Hari Raya.

Kepada yang dah tua, ini adalah peringatan kepada ketua-an anda dan kepada yang masih muda, ingatlah lima perkara sebelum datangya lima perkara plus perli-perlian daripada aku kalo aku kenal korang. Akhir kalam dari aku, semoga kita semua terpelihara olehNYA, remaja, dewasa, mahupun tua. Amin.

Sekian, wassalam.

Eh jap.. pantun...

Buah cempedak di luar pagar,
Buah keranji dalam perahu,
Saya baru habis belajar,
Memang banyak saya tak tahu.

hahaha.. kelakar gak aku neh.. babai.

5 comments:

zcruel said...

haha...caya la sham....minggu ni ape projek???haha

Anonymous said...

minggu nie? tak sure la.. macam ade member aku kawen la. tapi aku tak brape ingat.. papehal roger la..

Melissa Mjb said...

HAHAHA. sengal.

mr_b said...

ko mcm sound2 aku jerk ni??

Anonymous said...

ai.. terasa tua nampak.. ahad ni aku tak tau nk pegi ke tak.. masalahnye tuya tak sound aku pun.. kad tade.. e-card pun tade.. baik aku sabing utk wedding lain.. cane? ko rase cane?